Di Brazil, seorang wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri pengganti kepada lelaki yang sudah berkahwin dengan mengenakan bayaran yang lumayan.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berjumpa Dengan Bekas Menantu Kazar – ‘Jangan Dijolok Sarang Tebuan’
Melayani kehendak mereka
Memetik laporan New York Post, seorang wanita yang dikenali sebagai Babi Palomas melakukan perkhidmatan sebagai isteri dengan menerima bayaran sebanyak $30,000 (RM13,9335).
Menurut wanita yang berusia 24 tahun itu, pada awalnya dia adalah pempengaruh di Instagram yang memiliki banyak pengikut. Kemudian, Palomas memilih untuk bekerja sebagai ‘Surrogate wife’ kepada peminatnya.
Saya melakukan tugas yang sering dielakkan oleh isteri biasa, seperti menonton perlawanan bola sepak di televisyen tanpa mengeluh.
Palomas berkata bahawa pelanggannya sering meluahkan rasa kesepian meskipun memiliki isteri dan anak.
Mereka merindui mempunyai seseorang yang boleh berkongsi aktiviti bersama pasangan dan berseronok.
Walau bagaimanapun, Palomas bersedia untuk bekerja dengan pelanggannya secara sekaligus setiap hari mengikut pekej 12 jam atau 24 jam bersesuaian dengan belanjawan mereka serta keperluan kewangannya.
Wanita itu turut meluahkan hasratnya ingin berkahwin dan mengambil pekerjaannya sebagai latihan pada masa akan datang.
Sebenarnya, saya bermimpi untuk berkahwin satu hari nanti. Saya mahu mempunyai keluarga sendiri. Tetapi sementara saya tidak berkahwin lagi, saya berlatih dengan pelanggan.
Sumber: Detik News, New York Post