
Seorang kanak-kanak lelaki mengalami kecederaan parah selepas lehernya dipercayai dikelar menggunakan senjata tajam, pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Suami Kel*r Isteri Hingga M*ti, Cuba Bakar Rumah Mentua
Cedera dikelar
Memetik laporan Sinar Harian, ibu mangsa mendakwa hanya menyedari insiden yang menimpa anaknya itu selepas terjaga dari tidur sekitar 5.30 pagi.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulnuar Mushaddat Abdullah Sani, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian di Parit Raja, Batu Pahat selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan (ibu mangsa) berusia 40 tahun kira-kira jam 9 pagi.
Wanita terbabit memaklumkan pada jam 5.30 pagi, ketika berada di rumahnya di Parit Raja, dia tersedar daripada tidur dan mendapati anak lelakinya berusia enam tahun mengalami kecederaan parah di bahagian leher.
Difahamkan, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya.
Dalam pada itu, Shahrulnuar menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan gambar mangsa atau membuat sebarang hantaran di media sosial tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa.
Sumber: Sinar Harian