berita

Wanita Terkejut Jumpa 10 Kamera Tersembunyi Ketika Menginap Di ‘Homestay’ – ‘Dalam Bilik, Tandas Ada Kamera’

June 15th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia mendakwa menemui 10 biji kamera yang disembunyikan di dalam rumah penginapan yang ditempahnya menerusi satu platform atas talian.

Jumpa 10 kamera pengintip

Pengembara itu memaklumkan dia dan rakannya menginap di sebuah rumah penginapan ketika melancong di Philadelphia, Amerika Syarikat. Tambah wanita ini lagi, dia langsung tidak menyangka kamera pengintip dalam rumah tersebut disembunyikan di sebalik sistem pemercik api. Tidak terhenti di situ, wanita ini mendakwa dia telah tertidur di atas sofa dan selepas dia tersedar, dia melihat ada kamera yang tersembunyi di atas siling.

Lebih mengejutkan apabila dia dan rakannya turut mendapati masih banyak lagi kamera pengintip yang dipasang di seluruh rumah tersebut termasuklah di dalam bilik tidur dan tandas. Susulan daripada itu, mereka tampil membuat laporan polis dan platform berkenaan kemudian menukarkan wanita ini ke rumah penginapan yang lain.

Dasar kami melarang keras kamera tersembunyi dan kami mengambil tindakan tegas dalam keadaan seperti ini yang telah dilaporkan termasuk membantu penguatkuasa undang-undang untuk menahan pihak yang bertanggungjawab.

Pihak platform atas talian itu juga memaklumkan bahawa mereka akan mengeluarkan tempat penginapan terbabit daripada senarai di platform itu sepanjang siasatan dijalankan. Sementara wanita ini menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati terutamanya apabila berkunjung ke tempat baharu.

Video

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×