berita

Wanita Terkejut Jumpa Gigi Manusia Dalam Makanan, Tersedar Lepas Suapan Kedua

July 10th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Bagaikan mimpi ngeri. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan oleh seorang wanita apabila dia menceritakan pengalaman buruk terjumpa gigi manusia di dalam hidangannya di Hougang Avenue 5, Singapura.

Terjuga gigi manusia dalam makanan

Menurut wanita itu, kejadian berlaku ketika dia sedang makan bersama rakannya di sebuah kafe. Wanita yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan bahawa dia tergigit objek keras dan merasakan sesuatu yang pelik ketika suapan keduanya.

Namun, apabila dia mengeluarkan dari mulutnya, dia terkejut melihat objek berkenaan seakan gigi manusia yang telah berubah warna. Kemudian, dia bertindak untuk memuat naik gambar tersebut di akaun Facebook pada 6 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, pada mulanya pekerja di kafe berkenaan enggan membayar ganti rugi. Namun setelah melihat gigi itu berada di dalam makanan tersebut, mereka bersetuju untuk membayar ganti rugi.

Pemilik kafe akan buat ujian DNA

Susulan daripada itu, pemilik kafe berkenaan telah menghubungi wanita tersebut untuk meminta maaf dan memberitahu bahawa pihak syarikat akan menjalankan siasatan mengenai kejadian terbabit.

Gigi itu bukan milik dua pekerja yang sedang bertugas pada ketika itu dan saya sedang berbincang dengan pembekal makanan untuk mencari maklumat mengenai kejadian itu.

Pemilik kafe itu juga tidak menolak kemungkinan ada pihak ingin mensabotaj dan mengatakan sedang mempertimbangkan untuk menghantar gigi berkenaan menjalani ujian DNA. Bagaimanapun, wanita itu dikatakan telah memadam posting tersebut selepas dia menerima pampasan serta permohonan maaf dari pihak kafe berkenaan.

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×