berita

Wanita Terkejut Nampak Kelibat Misteri Ketika Main TikTok

April 20th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Seorang ibu kepada dua orang anak terkejut apabila melihat kelibat lembaga misteri ketika dia merakam video TikTok di rumahnya di Halewood, Knowsley, Merseyside pada malam Ahad.

Kelihatan kelibat misteri

Ketika kejadian berlaku, anak-anaknya sedang tidur di tingkat atas dan dia menyangka bahawa dia bersendirian ketika di rumah selain daripada dua orang anaknya itu.

Menerusi video yang telah dikongsinya di TikTok itu, kelihatan kelibat seperti seorang lelaki dibelakangnya yang sedang menunggu.  Walaupun berada dalam keadaan yang gelap, namun masih lagi nampak kelibat berkenaan kerana cahaya lampu di luar.

Pada mulanya Kayleigh Corby tidak menyedari mengenai kelibat terbabit sehingga seorang temannya telah memaklumkan kepadanya baru wanita berkenaan perasan mengenai kelibat misteri tersebut.

Minta untuk tinggal bersama ibu bapa

Menurut laporan ECHO, akibat daripada kejadian yang menyeramkan itu, Kayleigh berasa tidak selesa dan meminta untuk tinggal bersama ibu bapanya.

Wanita itu juga masih belum membuat laporan polis berhubung kejadian yang menyeramkan itu.

Video penuh :

@corby123aaa##duet with @willparfitt? It Must Have Been Love – 90s Dance Music

Sumber : Daily Star

SKIP THIS AD ×