berita

Wanita Update Status Maki, Ugut Polis Ditahan

May 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara memuat naik beberapa hantaran di Facebook yang berunsur ugutan serta carutan kepada pihak polis dan petugas sekatan jalan raya, seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan.

Memuat naik hantaran berunsur makian dan ugutan

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali, sebelum laporan polis dibuat, beberapa posting wanita berkenaan yang menggunakan kata-kata kesat dan ugutan telah tersebar di media sosial.

Pengguna akaun Facebook tersebut telah memuat naik hantaran yang berunsur makian dah juga ugutan serta menyatakan ketidakpuasan hati dengan pihak berkuasa. Selain itu, wanita berkenaan juga memuat naik hantaran yang berunsur carutan terhadap kerjaan Malaysia.

Pada jam 9 malam tadi, seorang wanita berusia 36 tahun yang juga pemilik akaun Facebook bernama ‘Diana Mat’, ditangkap.

Dibawa ke Mahkamah untuk dapatkan perintah reman

Sekadar gambar hiasan

Pihak polis turut merampas telefon bimbit milik wanita berkenaan yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut di Facebook.

Kini wanita berkenaan telah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi meneruskan siasatan selanjutnya.

Walau bagaimanpun, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat untuk membangkitkan kemarahan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 iaitu menggunakan perkhidmatan rangkaian dan komunikasi secara tidak wajar.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×