berita

Wanita Wajib Tahu 5 Cara Selamatkan Diri Bila Berhadapan Situasi Cemas

November 12th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Boleh dikatakan golongan wanita berisiko tinggi untuk berdepan dengan bahaya sekiranya mereka berjalan sendirian. Malah, golongan wanita ini juga sering menjadi mangsa jenayah.

Pengguna Twitter, Hanafi Ezu kongsi beberapa tips bagi wanita jika anda berjalan keseorangan dan secara tiba-tiba didekati lelaki misteri. Terdapat beberapa situasi dan jalan solusi yang perlu wanita ambil tahu sekiranya anda menghadapi keadaan sebegini.

Tekan setiap aras di dalam lift

Individu ini turut mem beri contoh dan solusi sekiranya wanita berdepan dengan situasi tersebut. Apabila anda bersama lelaki yang mencurigakan di dalam lift, pastikan anda menekan setiap aras demi keselamatan anda sendiri.

Baling semua alat dapur anda

Apabila anda sendirian di rumah dan terdengar suara atau bunyi yang mencurigakan, pastikan anda segera ke bahagian dapur kerana hanya anda sahaja tahu perkakas dapur untuk dijadikan senjata.

Jerit ‘Apa yang kau nak?!’

Situasi ini mungkin kerap dihadapi segelintir wanita iaitu berjalan seorangan di laluan yang sunyi. Sekiranya ada lelaki misteri menghampiri anda, pastikan anda ubah laluan atau segera bergegas ke tempat yang ada orang.

Catat nombor plat kenderaan

Jika anda naik Grab atau teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat nombor plat kenderaan tersebut dan duduk di tempat duduk belakang.

Pura-pura bersembang di telefon

Gunakan tali beg tangan

Sementara itu, anda juga disarankan menelefon seseorang sepanjang perjalanan ke rumah. Hal ini bagi mengelakan berlakunya tindakan berani yang tidak dijangka. Sebagai wanita yang di dalam keadaan bahaya seperti ini, anda perlu menggunakan tali beg tangan untuk menjerut leher pemandu dari arah belakang supaya tindakan diluar jangkaan itu diberhentikan segera.

Sumber: HanafiEzu

SKIP THIS AD ×