Meskipun sudah bergelar pelakon dan penyanyi, Wanns Ahmad menolak tepi perasaan malu apabila mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian, Raise The Star.

Artikel Berkaitan: Wanns Ahmad Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Khalida Balqis – ‘Saya Rasa Senang Di Samping Dia’

Artikel Berkaitan: Malia Baby Cabar Diri Jadi Pelakon Filem – ‘Harap Penonton Terhibur’

Timba ilmu

Wanns atau nama sebenar Wan Nursalam Wan Ahmad, 34, berkata, bukan populariti yang ingin dikerjar, sebaliknya tujuan utama adalah mahu menimba ilmu dan pengalaman tentang nyanyian.

Saya tidak segan kerana saya mengakui ilmu nyanyian masih kurang. Program ini memberi peluang kepada saya menimba ilmu nyanyian.

Melihat peserta lain, walaupun mereka tiada nama dan belum bergelar artis, namun bakat mereka semua hebat.

Paling penting, ini adalah antara impian saya untuk menyertai program nyanyian kerana sebelum ini tidak pernah lakukan begini.

Wanns berkata demikian ketika ditemui di sidang media Raise The Star yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.

‘Bunuh ego’

Selain ingin mencari ilmu, penyanyi yang popular dengan lagu Terus Mencintaimu itu berkata, dia juga ingin memecahkan tembok ego dalam diri dengan menyanyikan pelbagai genre.

Ketika ujibakat, saya ditanya kenapa hadir sedangkan sudah bergelar penyanyi, saya menjawab ingin membunuh ego dalam diri.

Kerana selama ini kalau menyanyi, saya tidak pernah menyanyikan lagu orang lain, jadi ini menjadi cabaran untuk saya menyanyikan lagu komposer lain dan pelbagai genre.

Walaupun usia sudah 34 tahun, tapi saya anggap masih belum terlewat untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Dalam pada itu, Wanns memberitahu, dia terpaksa memperlahankan seketika karier lakonan untuk memberi fokus kepada program tersebut.

Sepanjang program ini, saya akan memperlahankan sedikit kerjaya lakonan buat seketika. Tolak sekejap tawaran-tawaran berlakon.