Pasti ramai di antara kita yang pernah menjadi mangsa scammer kan? Kegiatan jenayah yang memperdayakan hasil titik peluh orang lain demi keuntungan diri sendiri adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Penyanyi Wany Hasrita menerusi IG Story berkongsi detik cemas apabila hampir menjadi mangsa penjenayah siber yang cuba memindahkan sejumlah wang dari akaunnya.
Pada mulanya, Wany terima sebuah mesej melalui aplikasi Whatsapp dari individu yang tidak dikenalinya. Dia terus bertindak untuk block nombor berkenaan apabila tidak mengenali gambar pada profile aplikasi tersebut.
Bukan hanya itu sahaja, Wany turut mendapat panggilan dari nombor yang tidak dikenalinya. Individu berkenaan memohon pertolongan darinya dengan alasan tersalah masuk nombor telefon untuk membuat pembayaran PTPTN.
Pada masa yang sama, penyanyi wanita ini turut mendapat TAC Request dan dia terus bertindak mematikan panggilan itu kerana musykil dengan keadaan ketika itu.
Dia segera menelefon nombor khidmat pelanggan ke Maybank apabila mendapati aplikasi Maybank2u sudah gagal untuk dimasuk. Belum dapat menukar kata laluan, dia sekali lagi telah menerima mesej pembayaran dari Unifi.
Terdapat dua transaksi yang telah dilakukan pada tarikh dan masa yang sama. Kira-kira sebanyak RM1,850.00. Bagaimanapun, Wany segera mendapatkan bantuan dari bank tersebut untuk melaporkan perkara ini dan tetapkan semula kata laluan akaunnya.
Wany Hasrita turut menasihati orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan panggilan yang diterima tanpa anda mengenali individu tersebut. Tambahnya, TAC Request pula hanya ditetapkan kepada orang yang anda percayai sahaja. Perkara ini sekurangnya dapat mengelakkan dari terjadinya jenayah siber.
Sumber: Wany Hasrita