berita

#wanzaraya 2019 Kembali Dengan Koleksi Mewah Khas Buat Lebaran Tahun Ini.

April 15th, 2019 | by Hasyyati Ruzelan
Shout Out!

Pejam celik pejam celik, lagi 2 bulan je nak raya kan. Korang dah survey belum baju raya? Bukan apa, rasanya tukang jahit dah tak ambik tempahan dah. Nak senang beli je yang ready made. Tak payah pening kepala nak design baju dengan kain macam mana.

Cer usya koleksi #wanzaraya2019confirm ngam dengan citarasa korang. Design memang glam tapi praktikal. Senang korang nak cuci pinggan nanti!

Koleksi #wanzaraya2019 memang vogue habis!

Yang mana tak familiar dengan nama Wanzar ni, sebenarnya koleksi Wanzar dah ada kat pasaran sejak Februari 2016 lagi tau. Apa yang spesialnya untuk raya kali ni, Wanzar menitiberatkan material yang sesuai dengan cuaca di Malaysia dan ada banyak design loose cut yang confirm memukau mata korang. Nah, min kongsikan koleksi #wanzaraya2019. Cantik wei!

Korang yang suka design vogue dan nak feeling ala retis memang wajib pilih koleksi #wanzaraya2019. Contohnya macam koleksi Luxe, Wanzar menggunakan premium brocade dan perincian mewah. Haa.. Korang dah tak payah risau bab nak ketibas lagi sebab material brocade yang digunakan ialah cotton brocade. Memang tak berpeluhlah citer dia.  Min pun macam berkenan je ni.

Jom cuci mata dulu sis!

Bukan itu saja koleksi #wanzaraya2019, nah min kongsikan lagi design yang memukau mata korang. Yang sukakan warna pastel boleh pilih design ni. Meletop diknon oi. Haa.. Apa lagi jom tengok!

Syarifah Sakinah turun JB guys!

Haa istimewa untuk orang Johor Bahru, tak lama lagi Wanzar akan buka cawangannya yang baru di Johor. Orang Johor dah tak payah susah-payah nak dapatkan koleksi #wanzaraya2019. Yang lagi best, korang berpeluang jumpa dengan Syarifah Sakinah tau. Bila cawangan kat JB nak bukak ni? Haa, jangan lupa take note info yang min bagi ni siap-siap tau.

CAWANGAN TERBARU DI JOHOR BAHRU

Tempat: Wanzar Bandar Baru Uda, Johor Bahru

Tarikh Grand Opening: 26 & 27 APRIL 2019.

‘Meet and Greet’ bersama Syarifah Sakinah: 27 APRIL 2019

Waze: Wanzar Johor Bahru

Cawangan Lain:

HQ: Wanzar Showroom Putra Heights Subang Jaya ( Waze: Wanzar Showroom)

Cawangan Terengganu: Dataran Austin Kuala Terengganu ( Waze: Wanzar Boutique )

Selain Syarifah Sakinah, Hawa Rizwana juga ada untuk beramah mesra dengan korang tau! Siapa je tak kenal dengan pembaca Buletin Utama TV3 ni. Dah la cantik, versatile pulak tu!

Jom singgah Pop Up Store Wanzar!

Haa..untuk pengetahuan korang #wanzaraya2019 juga ada pop up store di seluruh Malaysia tau. Yang jauh tu tak perlu risau dah, korang boleh check out kat mana butik yang berdekatan. Nah min kongsi lokasi pop up store Wanzar.

Pop Up Store

1. The Curve, Damansara
Tarikh: 3 Mei-4 Jun
Masa: 10 pagi-10 malam setiap hari
Landmark: Berhadapan Metrojaya

2. Aman Sentral, Alor Setar
Tarikh: 10 Mei-16 Jun
Masa: 10 pagi-10 malam
Lokasi: Centre Court

3. Aeon Mall Kota Bharu
Tarikh: 1 Mei-4 Jun
Masa: 10 pagi-10 malam
Lokasi: Level 1 (Berhampiran Watsons)

Jangan lupa simpan duit siap-siap tau. Nanti terus serbu je butik Wanzar, ambik mana yang ada. Borong habis lah senang citer! Jangan lupa untuk follow Wanzar di Instagram @wanzar_ dan klik di sini untuk sebarang update terkini tentang koleksi #wanzaraya2019 di Facebook!

Nak lagi senang, korang online shopping je! Klik Wanzar untuk purchase baju pilihan hati korang. Jangan lupa ajak kawan-kawan sekali tau!