berita

Warga Bangladesh Buat Hal Di KLIA, Positif Covid-19 Pun Nak ‘Balik Kampung’

January 18th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, prosedur bagi penerbangan antarabangsa memerlukan penumpang menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 sebelum mereka mendaftar masuk.

Namun begitu, petugas di kaunter Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menahan dua orang warganegara Bangladesh yang positif Covid-19, semalam.

Menimbulkan kekecohan

Menerusi laporan Harian Metro, dua orang warganegara Bangladesh tersebut dipercayai ingin mendaftar masuk untuk menaiki penerbangan Malindo Air pada pukul 9 malam. Namun, semasa hendak mendaftar masuk, petugas di kaunter berkenaan meminta slip ujian saringan Covid-19 kepada kedua-dua mereka dan hasilnya mendapati mereka positif Covid-19.

Anggota polis yang membuat rondaan ketika itu sudah menghubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut dan sepasukan petugas KKM yang lengkap memakai pakaian pelindung diri (PPE) tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 20 tahun itu menyerahkan ujian slip saringan Covid-19 yang dilakukan di sebuah klinik swasta. Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman, kedua-dua warga Bangladesh itu sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan susulan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×