berita

Warga Emas 76 Tahun Korban Ke-20 Covid-19 Di Malaysia

March 25th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Malaysia telah mencatat angka 20 kes kematian angkara wabak Covid-19 ini. Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan, satu penambahan kes telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan hari ini. Mangsa merupakan seorang warganegara berusia 76 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×