berita

Warga Emas Dakwa Rumah Dipecah Masuk, Terkunci Dari Luar Undang Simpati, Jiran Dedah Rupanya…

April 5th, 2020 | by faris
Kini Trending

Satu page komuniti di Pulau Pinang memuatnaik video seorang warga tua yang dikatakan terperangkap di dalam rumah sendiri setelah mendakwa dipecah masuk dan pencuri telah mengunci dari luar. Video perbualan wanita tua itu yang berbual dengan beberapa individu kemudiannya meraih perhatian netizen yang bersimpati dengan nasibnya.

Tinggal di Kampung Titi Teras, Balik Pulau

Menurut pos video di Facebook page berkenaan,  warga emas itu ditanyakan oleh beberapa individu sama ada dia mahu dihantar ke pusat kebajikan masyarakat. Dia kemudian bersetuju dengan cadangan itu asalkan ianya benar-benar untuk tujuan betul berkemungkinan risau diperdaya.

Tambah menyayat hati, wanita dalam lingkungan 60 tahun itu turut meluahkan rasa penat dan memaklumkan tidak boleh makan atau memasak.

Jiran cerita hal sebenar

Seorang wanita Nur Hamiza Hamid membalas di ruangan komen mengatakan dia adalah jiran warga tua terbabit yang setiap hari dilawatinya. Menurut Nur Hamiza, dia dan keluarga ada meminta wanita itu membuka pintu rumahnya namun enggan dan dia dikatakan sengaja mengunci diri sendiri.

Nur Hamiza turut mengambil inisiatif memaklumkan kepada wakil rakyat kawasannya mengenai masalah rumah wanita tersebut. Dia dan keluarga juga ada membantu menyumbang barang keperluan kepada jiran mereka itu.

Kadang-kadang menyahut, kadang-kadan tak buka pintu

Raih simpati ramai

Sumber: Penang Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×