Sekadar gambar hiasan
Padah menegur perbuatan jelik rakan serumah, seorang wanita warga emas dibelasah lima lelaki sebelum dicampak dari jambatan ketinggian kira-kira 50 meter di Kampung Sawah, Banting pada Khamis lalu.
Warga emas dicampak bawah jambatan
Foto: Rotan yang digunakan suspek untuk memukul mangsa
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, kejadian tersebut dipercayai berpunca kerana tindakan mangsa, 52, yang kerap menegur rakan serumahnya yang sering membuat bising dan mengambil minuman keras serta dadah. Berang dengan teguran tersebut, kesemua suspek bertindak kejam dengan memukul mangsa menggunakan senjata tajam dan rotan sebelum mangsa dicampak ke bawah jambatan.
Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam yang terdengar suara meminta tolong dari bawah jambatan berkenaan. Mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Suspek positif dadah
Sekadar gambar hiasan
Hasil siasatan awal mendapati mangsa mendiami tingkat bawah sebuah rumah sewa, manakala suspek tinggal di tingkat atas kediaman sama. Difahamkan, seramai lima lelaki tempatan telah ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua suspek berusia lingkungan 30-an itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Hasil saringan air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine dan ganja. Kes disiasat mengikut Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan.
Sumber: Berita Harian