berita

Warga Emas Maut Tertembak Diri Sendiri Di Kebun Durian

June 20th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Kulim, Kedah, seorang lelaki warga emas maut dipercayai tertembak diri sendiri ketika berada dalam kebun durian miliknya di Kampung Kongsi Dalam, Sungai Kob Karangan, semalam.

Berlumuran darah di tangan kanan

Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut disedari oleh seorang lelaki berusia 56 tahun yang melihat mangsa dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di tangan kanan. Saksi berkenaan yang bekerja sebagai penoreh getah bersebelahan kebun mangsa bertindak menghubungi pihak polis untuk memaklumkan kejadian tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mangsa berusia 72 tahun sudah meninggal dunia dipercayai akibat terkena tembakan.

Saksi berkenaan juga mendakwa mangsa datang ke kebun terbabit dengan menunggang motosikal dan turut membawa senapang patah yang digantung di bahu. Bagaimanapun, dia mendakwa tidak perasan atau mendengar sebarang tembakan serta letupan ketika kejadian kerana mungkin disebabkan bunyi air sungai berhampiran.

Menurut saksi lagi, dia sempat bertemu dan berbual dengan mangsa yang turut mengajaknya mengutip durian. Pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat sebuah pondok tidak jauh daripada mangsa ditemui terbaring dan polis turut menemui motosikal miliknya di kawasan berkenaan.

Siasatan di dalam pondok terbabit menemui selaras senapang patah dan polis turut mengesan cebisan isi dipercayai akibat kecederaan tangan mangsa yang terlekat pada dinding. Selain itu, pemeriksaan juga menemui kesan lubang di dinding serta bumbung di pondok berkenaan yang dipercayai akibat tembakan peluru.

Terlepas tembakan

Tambah saksi, mangsa kemungkinan terlepas tembakan secara tidak sengaja yang menyebabkan peluru terkena tangan kanannya hingga berlaku pendarahan sebelum meninggal dunia. Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit namun setakat ini ia diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Punca kematian akan diketahui selepas proses bedah siasat esok dan setakat ini siasatan kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×