berita

Warga Pakistan Dipaksa Ketuk Ketampi Sebelum Kemaluan Dipotong & Dibuang

April 7th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga warga Pakistan terpaksa berdepan detik ngeri dalam hidupnya apabila kemaluannya telah dipotong oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali di Klang, Selangor.

10 kali naik turun

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan Malaysiakini, rakan mangsa yang dikenali sebagai Rizwan Ahmad, telah membuat laporan polis semalam dan menceritakan bagaimana insiden berkenaan berlaku. Menurut Rizwan, pada awalnya rakannya itu hanya duduk bersantai berseorangan berhampiran Masjid Alam Impian sebelum didekati empat lelaki.

Lepas tu dia (salah seorang daripada suspek) kata buka baju, seluar. Lepas tu 10 kali naik turun, duduk bawah, naik (ketuk ketampi). Lepas dah 10 kali (ketuk ketampi), dia (kawan saya) naikkan seluar. India tu cakap saya tak ada cakap you (kena) naikkan seluar. Kenapa you naikkan seluar?

Tambahnya, rakannya itu ditanya beberapa soalan sebelum disuruh menanggalkan pakaiannya. Suspek turut bertanya kepada mangsa mengapa kemaluan mangsa tidak menegang. Bagaimanapun mangsa menjawab dia tidak boleh berereksi pada waktu itu. Memandangkan kemaluan mangsa tidak boleh menegang, suspek ingin memotong kemaluan mangsa kerana dianggap tidak berguna lagi. Takut mendengar perkara tersebut, mangsa merayu kepada suspek supaya jangan memotong kemaluannya.

Kenapa kemaluan tidak menegang

Sekadar gambar hiasan

Dia (mangsa) cakap jangan potong (kemaluan). Kaki saya boleh potong, tangan boleh potong. Dia (suspek) sudah potong habis… lepas tu dia terus lari.

Malangnya, kemaluan mangsa dipotong sebelum ia dicampakkan. Apabila ditanya mengapa rakannya tidak melarikan diri ketika kejadian, Rizman berkata, rakannya ditahan oleh suspek dengan lengannya dicengkam kiri dan kanan. Berikutan daripada insiden itu, rakannya pengsan. Mangsa berjaya menghubungi salah seorang daripada rakan mereka yang lain untuk mendapatkan bantuan. Tambah Rizwan, telefon bimbit mangsa dicampak di kawasan berdekatan sebelum kejadian. Namun, mangsa berjaya mendapatkannya walaupun terpaksa menanggung kesakitan yang teramat.

Tak ada jumpa. Kita ramai pergi cari, polis pun ada sampai sana, polis pun ada tolong cari tapi tak dapat lagi.

Apabila disoal dimanakah kemaluan yang telah dicampakkan itu, katanya ia masih tidak dijumpai. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, mengesahkan laporan tersebut dan siasatan masih dijalankan untuk mengetahui motif sebenar kejadian.

Sumber: Malaysiakini

SKIP THIS AD ×