berita

Warganet Jumpa Akaun Twitter Wanita Dera Anak Angkat, Dia Cakap Tertekan Kena Buli Padahal..

July 22nd, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Menjadi perbualan hangat hari ini, seorang wanita dirakam memukul kanak-kanak berusia empat tahun dengan menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju ketika sedang makan.

Terkini, akaun twitter milik wanita yang didakwa berkait dengan kes dera itu diselongkar dan antara yang mencuri perhatian netizen adalah bebenang ciapan miliknya mengenai topik tekanan perasaan, dan cubaan bunuh diri.

Artikel Berkaitan: Viral Kanak-Kanak 4 Tahun Diseksa Sebab Enggan Makan Nasi, Suami Isteri Ditahan Polis

‘Ini pengalaman gelap saya’

Dalam ciapan yang cukup panjang itu, pemilik akaun yang dipercayai wanita yang melakukan jenayah buli tersebut mengakui bahawa rutin hidupnya sering terganggu dan pernah merasa seperti ingin mencederakan diri sendiri gara-gara ‘bisikan misteri’.

Ya, membunuh diri. Saya penipu, saya menyihir bekas suami, saya ini, saya itu. Bukan setakat di siber buli, malah maklumat tentang alamat rumah dan keluarga saya juga diganggu kacau.

Selain ‘dipulau’, wanita berkenaan juga berkata bahawa perniagaannya teruk terjejas selepas menjadi mangsa buli siber.

Ganggu siber, hina ibu bapa saya, dedahkan maklumat peribadi saya kepada umum, ini sangat sangat melampau. Masa ini, semua yang rapat juga menjauhkan diri daripada saya. Kaki sihir, santau, scammer, mandul itu ini, semuanya dituduh saya

Bukan sekadar itu, perniagaan saya jatuh sangat teruk. Kerugiaan keseluruhan saya hampir satu juta ketika perniagaan saya merosot. Sudahlah mental tidak stabil, sumber pendapatan saya juga hilang. Boleh tak bayangkan berapa teruknya keadaan saya ketika itu?

‘Mak jenis apa kau ni’

Bebenang tersebut yang pada asalnya ‘sepi’, kini mula diserang netizen yang berang selepas tularnya video wanita tersebut memukul anak angkatnya.

Rata-rata netizen yang menemui ciapan itu mula membalas dengan cacian serta berharap agar hukuman yang setimpal akan dikenakan ke atas wanita tersebut.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan mengesahkan suspek wanita itu telah ditahan dengan pasangannya di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×