berita

Waris Wanita Koma Dipukul Suami Terkilan, Keluarga Suami Dikatakan Tak Pernah ‘Tanya Khabar’

July 4th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kisah wanita malang, Jahidah Nordin yang dipercayai dipukul oleh suaminya sehingga koma pada 4 Mei tahun lalu terus menjadi perhatian warganet. Lebih pilu lagi apabila wanita berkenaan sedang hamil pada ketika itu dan telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Artikel berkaitan : ‘Ya Allah Saya Tak Nak Lagi Seksa Kakak Tapi..’ – Wanita Koma Dibelasah Suami Makin Lemah, Keluarga Luah Rasa Buntu

Artikel berkaitan : [VIDEO] Wanita Koma Dibelasah Suami, Anak Terus Berhenti Meragam Bila Letak Sebelah

Artikel berkaitan : Lelaki Pukul Isteri Sampai Koma Mengaku Tak Bersalah, Sebenarnya Ada 4 Isteri!

Artikel berkaitan : Wanita Hamil Masuk ICU Teruk Dipukul Suami, Retak Tulang Belakang, Suami Lesap Lepas Ambil Cincin Emas

Keadilan Jahidah masih jadi tanda tanya

Pada 20 Jun lalu, ia merupakan kali kedua Jahidah menyambut hari lahir dalam keadaan terlantar di atas katil akibat koma. Walaupun telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki bernama Nufail pada akhir November tahun lalu, namun keadilan bagi pihak wanita ini masih menjadi tanda tanya.

Menerusi perkongsian adik Jahidah, Fauziah Nordin di TikTok, memaklumkan bahawa wanita berusia 44 tahun itu mungkin akan terlantar di atas katil seumur hidup kerana terdapat kerosakan pada bahagian otak. Meskipun, dilihat seperti sedar dan membuka mata tetapi dia masih tidak boleh berinteraksi walaupun dengan anaknya sendiri.

Mungkin dia (Jahidah) akan tetap begini. Tak boleh buat apa-apa hanya terbaring kaku di atas katil. Kerosakan otak yang kekal.

Kepada lelaki yang menghancurkan hidup kakak dan membuatkan Nufail menjadi seperti anak yatim piatu, kami tak akan maafkan kau.

Apabila ditanya mengenai keberadaan lelaki yang ‘menjahanamkan’ hidup kakaknya itu, Fauziah memaklumkan bahawa kini individu terbabit ditahan di penjara Johor Bahru dan perbicaraan semula akan bermula pada 6 dan 7 Julai ini..

6 dan 7 Julai ini, mula bicara di Mahkamah Jenayah Johor Bahru. Setelah setahun berlalu, kita tengok perjalanan kes ni bila akan selesai. Dia akan cakap apa kat mahkamah. Doakan Rosmaini bin Abdul Raof dihukum setimpal dengan perbuatannya.

Walau bagaimanapun, apa yang dikesalkan ialah apabila ahli keluarga lelaki dipercayai tidak bertanya khabar mengenai Jahidah sejak hari pertama koma lagi.

Dari hari pertama kak Jahidah koma dipukul, seorang hali keluarga dia langsung tak ambil tahu, telefon atau mesej langsung tak ada sampai hari ini.

Biar Allah membalas semua. Ingat keluarga kami ni tiada maruah ke. Dah buat anak orang macam sampah, langsung tak ambil tahu. Kalau sekarang baru nak minta maaf pun, aku dah tak terima dah. Kamu tiada kaitan dengan kami. Menjawab lah kat akhirat.

Keadaan tak banyak berubah

@ziahzara15 keadaan kak Jahidah tak banyak berubah..#ziahzara #babyajaib #mangsaderasuamidayus #braindamage #oku #eshannufail #babyjahidah ? Sudah Tak Cinta – Busking Version – Darulaman Buskers & Shaa

@ziahzara15 Replying to @nashalahyou menunggu perbicaraan 6&7 hb ni ..#babyjahidah #eshannufail #babyajaib #braindamage #mangsaderasuamidayus #ziahzara ? Sayang Sampai Mati – Repvblik

@ziahzara15 Replying to @wawamansor689 sakit sihat nufail kami ada bersama nufail. #mangsaderasuamidayus #braindamage #ziahzara #babyajaib #eshannufail #babyjahidah ? Ya Allah – Wali

Sumber : ziahzara15

SKIP THIS AD ×