berita

Waspada Scammer Menyamar Jadi Pegawai LHDN, Lebih RM600k Kerugian Dicatatkan Tahun Ini

February 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Isu scammer tidak asing lagi di negara kita. Tidak dinafikan, ramai juga yang pernah menjadi mangsa kepada penipuan yang melibatkan sejumlah wang sehingga cecah ratusan ribu ringgit.

Terbaru, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menerusi posting di laman Facebook menasihati orang ramai supaya berwaspada kerana mereka yang terlibat dengan sindiket penipuan ini dipercayai telah menyamar sebagai pegawai LHDN.

Mereka menakutkan mangsa

LHDNM dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui laman Facebook menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan dalam talian. Kini, individu tidak bertanggungjawab itu dipercayai sudah menggunakan taktik baharu dengan menyamar sebagai pengawai LHDN.

Mengikut maklumat yang dikumpulkan menerusi laporan di media massa, bagi tahun tempoh 1 Januari sehingga Selasa lalu, sebanyak 18 kes sindiket penyamaran sebagai pegawai LHDNM membabitkan kerugian RM636,311.

Taktik keji dengan menakutkan mangsa menyebabkan mereka panik dan akhirnya memaksa mengambil tindakan terburu-buru dengan menyerahkan butiran peribadi dan perbankan, malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

Buat pengesahan dahulu

Sehubungan itu, pihak LHDN meminta kerjasama orang ramai supaya melakukan sebarang pengesahan dengan pihak LHDN terlebih dahulu sebelum menyerahkan maklumat peribadi.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta lakukanlah pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, e-mel mahupun mahupun surat yang meragukan dengan menghubungi talian Hasil Care Line.

Orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di laman sesawang rasmi LHDNM atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.

Sumber: LHDNM

SKIP THIS AD ×