Netizen meluahkan rasa kurang senang melihat watak dan lakonan pelakon Uqasha Senrose menerusi drama bersiri Bisik Asmara.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sophia Albarakbah Simbah Air Pada Uqasha Senrose, Penonton Puas Hati Tonton ‘Bisik Asmara’

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Berniaga Air Kelapa Pandan Di Bazar Ramadan

Janda

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di media sosial, seorang pengguna Threads menyifatkan lakonan Uqasha atau nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, agak melampau dengan statusnya sebagai seorang ibu tunggal.

Dalam pada itu, individu terbabit berharap agak stesen televisyen menawarkan watak penyondol mengikut kesesuaian status seseorang pelakon.

Bila penggambaran ini ya? Gaya lakonan menjengkelkan, terlalu berani tanpa batas.

Adakah hanya sekadar lakonan atau memang karakter sebenar dia?

Geli, tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia ibu kepada seorang anak kot.

Selepas ini kalau watak anak dara penyondol, tolong tawarkan kepada pelakon yang berstatus bujang.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian seorang lagi pengguna Threads yang tampil mempertahankan pelakon berusia 34 tahun itu yang banyak memberi bantuan kepada peniaga kecil semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam kehidupan sebenar saya tak rasa dia macam itu.

Kalau betul, Kamal Adli tak sayang sangat pada Uqasha.

Seingat saya, dia baik. Masa PKP, dia tolong ramai peniaga kecil. Dia bagi review makanan percuma pada mereka.

Bagi publisiti untuk makanan tempatan. Dalam setiap kehidupan seseorang pasti ada kebaikan mereka sendiri.

Sumber: Threads @lindahashim