Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah, tidak mengharapkan sebarang ganjaran sebaliknya bersyukur kerana selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Walaupun Cuma Mak Tiri, Tetap Saya Yang Lebih Tahu Tentang Anak-Anak’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: Shuib Dedah Pengorbanan Watie, Hamil Lapan Bulan Tetap Kuat Berniaga – ‘Balik Singapura Tengok Kakinya Bengkak’

Anak adalah ganjaran terbesar

Menerusi ciapan yang dimuat naik di Threads, seorang individu menanyakan secara umum kepada para isteri mengenai ganjaran yang diterima daripada suami sejurus selesai melahirkan zuriat.

Apa ganjaran yang suami bagi selepas dah melahirkan zuriat?

Saya tidak dapat apa-apa.

Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah yang menyifatkan bayi sulungnya sebagai ganjaran buat mereka.

Tambah Watie Hanifiah, dia turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada suaminya yang menjadi insan paling penting dalam kehadiran cahaya mata pertama mereka, Akira Juwita Zahra.

Anak itu sendiri adalah ganjaran buat saya.

Jadi, terima kasih suami. Tanpa kamu, tiadalah anak buatku.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada Jun 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini baru sahaja menimang cahaya mata perempuan pada 6 April.

Sumber: Threads @iamwatie