Sabtu lalu, pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu selamat mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya, Watie Hanifiah.
Artikel Berkaitan: Shuib & Watie Selamat Bertunang, Bakal Bernikah Pada Bulan Hadapan
Artikel Berkaitan: Pertama Kali Kongsi Gambar Bersama, Shuib & Watie Sedondon Satu Keluarga
Majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Watie di Shah Alam itu menyaksikan mereka sedondon mengenakan busana bewarna hijau pucuk pisang.
Difahamkan juga, pasangan itu bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
‘Assalamuaikum tunang’
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Watie akhirnya berkongsi berita gembira itu secara rasmi kepada umum. Malah dia turut memuat naik gambar yang memperlihatkan cincin pertunangannya beserta kapsyen mengenai hikmah yang ditetapkan Tuhan.
Allah sudah menetapkan masa yang tepat untuk segala urusan manusia. Kita tidak perlu memahami hikmah yang ada disebaliknya, tetapi belajar untuk mempercayainya.
Sementara itu, mencuri perhatian wargamaya apabila pelawak berusia 38 tahun itu meninggalkan komen dengan memberi salam kepada bakal isterinya.
Assalamualaikum tunang
Komen berkenaan seterusnya mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya gembira selain mendoakan urusan pasangan itu dipermudahkan sehingga menuju ke hari bahagia.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.
Sumber: Instagram