Kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini mungkin berbeza dari tahun-tahun sebelumnya bagi Watie Hanifiah, iaitu isteri kepada pelawak Shuib.
Mana taknya, tahun ini merupakan tahun yang pertama Watie menyambut bulan yang mulia ini sebagai seorang isteri dan ibu.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Buat Hubungan Suami Isteri Depan Anak, Shuib Suka Bergurau’ – Watie Hanifiah
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Aksi’ Selamba Mateen Buat Netizen Terkejut, Netizen Tegur Shuib Jawab ‘Aku Dekat Rumah Ada Bela Kuda
Balik kampung
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Watie memberitahu dia dan keluarga akan berpuasa di kampung keluarga Shuib selama seminggu.
Untuk sahur, anak-anak suka yang simple saja macam ayam goreng dan nasi putih, kalau daddy pula lauk singgang. Kami rancang untuk minggu pertama puasa ini kami akan balik kampung keluarga sebelah Shuib di Kuala. Kami nak buat menu dengan mama iaitu menu orang Banjar.
Watie yang ditemui pada majlis eksklusif preview Riviera Raya Lebaran Fiziwoo di Setiawangsa, baru-baru ini turut meluahkan rasa teruja apabila bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tercinta dan anak-anak.
Ujar Watie, mereka akan sambut Hari Raya secara sederhana pada tahun ini manakala, persiapan mengenai baju raya sudah hampir selesai dilakukan.
Tahun pertama puasa dan beraya bersama suami dan anak. Alhamdulillah raya itu akan lebih bermakna. Persiapan baju raya juga dah selesai untuk saya dan Talita. Dua tiga pasang sahaja. Kalau persiapan untuk Shuib dan anak-anak biasanya memang akan beli yang dah siap.
Di akhir temu bual, Watie berkata, dia dan keluarga akan pergi bercuti pada awal Aidilfitri nanti.
Setahu saya Shuib kalau beraya dia akan pergi bercuti, jadi kurang beraya sangat. Raya pertama hingga raya keempat akan beraya dan selepas itu selalunya akan bercuti.