berita

Watsons Buat Hal! Diskaun XTRA dan segalanya yang XTRA Oktober ini!

September 28th, 2020 | by Sya Alkaf
Kini Trending

Siapa lagi yang selalu habiskan masa berjam-jam bila singgah ke Watsons? Terutamanya bila nak beli produk kosmetik atau penjagaaan kulit, kadang-kadang sampai tak sedar dah dua jam rupanya kita membelek produk dekat situ.

Tak salah guys, itu maknanya kita ambil berat tentang bahan yang terkandung dalam sesuatu produk. Bila dah pilih-pilih, tiba-tiba ada banyak pula produk yang kita berkenan kan? Tak apaaa, jangan risau! Sekarang korang bebas berbelanja sebab Watsons ada promosi istimewa Oktober ini!

Sale kaw-kaw dan nikmati penjimatan Xtra!

Nikmati tawaran hebat sepanjang bulan! Watsons juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk pembelian kedua (Purchase with purchase).

Jadi dah tak perlulah korang nak buat kira-kira lagi, silakan beli apa je yang korang nak. Sebab inilah masanya korang dapat berjimat tanpa perlu mengorbankan mana-mana produk yang korang inginkan.

Ohh dalam pada korang sibuk plan apa nak beli tu, auntie Siow ada pesanan untuk korang pasal ‘booby trap’. Haa kalau nak tahu siapa auntie Siow? and apa itu ‘booby trap’ korang boleh tengok video dekat bawah ini.

Percuma baucar RM10 untuk produk penjagaan diri

Girrllllss dan juga boysss! Dapatkan baucar percuma dari Watsons untuk potongan harga tambahan sebanyak RM10 bagi rangkaian jenama terpilih seperti Biore, Cetaphil, Blackmores, Oral-B, L’oreal, Maybelline, Safi dan banyak lagi! Dah lah ada promosi lepas itu, ada baucar pula untuk korang tebus. Ini baru betul jimat!

Untuk dapatkan baucar ini, korang hanya perlu klik dekat sini. Lepas itu, boleh download baucar mana yang korang nak guna kemudian tunjukkan kepada cashier masa pembayaran.

Ahli Watsons lagi untung! Korang berpeluang dapat sehingga 100,000,000 nilai mata ganjaran!

Ini berita baik untuk semua ahli Watsons! Bermula dari 29 September sehingga 26 Oktober, Watsons akan berikan sehingga 100,000,000 mata ganjaran. Caranya mudah saja, korang hanya perlu berbelanja dengan kadar minimun RM50 untuk mendapatkan 1,000 mata ganjaran yang bernilai RM5. Yes! tambahan RM5 lagi untuk korang semua berbelanja!

Berbelanja sambil menderma dengan Watsons

Bersempena dengan bulan Kesedaran Kanser Payudara, sebahagian daripada hasil jualan rangkaian produk terpilih akan didermakan ke Breast Cancer Welfare Association Malaysia (Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia).  Inilah yang orang kata sambil menyelam minum air, sambil membeli korang juga dapat beramal.

Breast Cancer Welfare Association Malaysia dan Watsons kini bersama-sama berganding bahu dalam mengajak orang ramai untuk menjalani pemeriksaan secara berkala kerana pencegahan awal Kanser Payudara mampu menyelamatkan nyawa :)

Perlindungan kesihatan Xtra untuk semua ahli Watsons, termasuk perlindungan khas Covid-19

Kami yakin ramai yang tak tahu bahawa semua ahli Watsons dilindungi insurans nyawa Prudential secara percuma. Ia juga merangkumi perlindungan khas untuk Covid-19.

Sejak kebelakangan ini jumlah pesakit yang diuji positif Covid-19 semakin meningkat kan? terutama sekali yang berkait dengan kluster tertentu. Jadi, penting kiranya kita dilindungi dengan insurans. Bukan apa, lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan. Tak adalah menyesal di kemudian hari. Lagipun, ini semua disediakan secara percuma guys! Tak perlu keluar belanja pun!

Selain itu, sebaik saja korang mendaftar sebagai ahli Watsons, korang layak menerima 500 mata ganjaran dan berpeluang untuk menikmati baucar ganjaran sehingga RM5,000! Wow! Dah jangan bertangguh lagi! Cepat ke laman web rasmi Watsons untuk mendaftar!

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×