berita

Watsons #GETACTIVE FEST Kembali, Admin Ada 180 Tiket PERCUMA Nak Bagi Korang

September 23rd, 2019 | by Epul
Shout Out!

Kembali buat tahun ke-6, acara zumba paling dinanti-nanti #GETACTIVE FEST 2019 anjuran Watsons bakal menggegarkan Sunway Lagoon Surf Beach pada 19 Oktober depan. Mensasarkan 10,000 pengunjung tahun ini,  acara yang sarat dengan aktiviti menyihatkan ini terbuka untuk semua termasuk kanak-kanak, orang dewasa, keluarga, remaja dan warga emas.

Untuk pengetahuan korang, Watsons #GETACTIVE FEST 2019 dianjurkan selepas kejayaan acara Watsons Move Your Body Zumba tahun lalu yang dianggap antara acara zumba terbesar di Malaysia. Siapa minat zumba wajib join. Nak tau apa yang menarik di Watsons #GETACTIVE FEST 2019 tahun ini?

Zumba dengan gerakan high-impact oleh instructor antarabangsa

Tahun ini, Watsons #GETACTIVE FEST 2019 memperkenalkan Strong by Zumba. Untuk korang yang tak tahu, ia adalah senaman high-intensity revolusioner yang menggunakan tempo muzik ketika berzumba.

Sepanjang bersenam, korang akan melakukan burpees, push-ups dan pelbagai lagi senaman dengan gerakan high-impact yang seiring dengan muzik tertentu. Yelah, dah nama pun zumba, mesti ada lagu kan? Cuma kali ni, ada gerakan high-impact sikit.

Bagi menaikkan semangat korang, acara Strong by Zumba di Watsons #GETACTIVE FEST 2019 kali ini diketuai oleh instructor antarabangsa, Natalie Constanti bersama Zumba Jammers Alex dan Deno.

Untuk pengetahuan, Natalie adalah bekas juara taekwondo, bekas penari profesional dan peserta kecergasan fizikal. Malah, dia juga terletak di tangga ke-4 teratas di pertandingan European WBFF Diva Fitness Model tau!

Sedia pelbagai aktiviti, trak makanan menyelerakan

Selain acara kecergasan dan Strong by Zumba, pengunjung dan peserta yang hadir di Watsons #GETACTIVE FEST 2019 pada 19 Oktober depan boleh ‘top-up‘ balik tenaga di zon trak makanan yang disediakan. Ada banyak makanan boleh dipilih ikut selera tekak masing-masing!

Malah, korang juga boleh manjakan diri di bazar kesihatan dan kecantikan yang disediakan supaya fikiran dan minda dapat disegarkan kembali selepas penat bekerja. Terdapat juga pelbagai aktiviti kesihatan dan berseronoklah di ruang kecergasan sambil membawa pulang cenderahati menarik!

Dapatkan tiket Watsons #GETACTIVE FEST 2019 korang sekarang!

Tunggu apa lagi? Dapatkan tiket ke Watsons #GETACTIVE FEST 2019 korang sekarang di mana-mana kedai Watsons di kawasan Lembah Klang atau beli secara online pada harga RM38.40 (layak untuk satu kemasukan saja).

Selain boleh menyertai pelbagai aktiviti di Watsons #GETACTIVE FEST 2019, korang juga akan menerima #GETACTIVE Fest Quick Dry Tee, baucar tunai RM10, botol air, tuala muka dan travel pouch dengan setiap pembelian tiket.

Nak tiket PERCUMA ke Watsons #GETACTIVE FEST 2019? Join peraduan ni

Haa, bagi korang yang minat sangat berzumba, admin ada 180 tiket PERCUMA ke Watsons #GETACTIVE FEST 2019 untuk korang rebut. Apa yang korang perlu lakukan hanyalah…

  1. Like dan Share posting Facebook artikel ni atau klik SINI
  2. Komen dekat posting Facebook artikel ni “Saya nak ke Watsons #GETACTIVE FEST 2019 sebab…” berserta hashtag #WatsonsXOHBULAN
  3. Tag 4 orang kawan

Admin akan pilih 36 orang pemenang bertuah dan korang bersama 4 lagi orang kawan boleh enjoy berzumba di Watsons #GETACTIVE FEST 2019 pada 19 Oktober depan sebab seorang pemenang akan menerima 5 keping tiket!

Tunggu apa lagi? Komen dan tag kawan korang sekarang! Untuk maklumat lanjut mengenai Watsons #GETACTIVE FEST 2019, layari laman web Watsons. Selamat berzumba!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×