berita

Watsons Sambut Pembukaan Outlet Ke-600 & Ini Cara Korang Boleh Menang Perbelanjaan Setahun Percuma!

December 8th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Bila kita bercerita mengenai produk penjagaan diri dan kesihatan, Watsons adalah tempat terbaik untuk korang shopping segala keperluan peribadi korang.

Lagipun di Watsons korang boleh beli macam-macam produk seperti produk makanan tambahan, tablet supplement, skin care, body care, hair care dan banyak lagi. Maka, tak hairanlah Watsons jadi tempat wajib untuk pergi at least sebulan sekali.

Watsons buka outlet ke-600, 9 Disember ini!

Sentiasa mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pelanggan, Watsons kini melebarkan lagi sayap perniagaan mereka selaku pengedar produk kesihatan & kecantikan no 1 di Malaysia & Asia Tenggara dengan membuka outlet ke-600!

Pembukaan outlet ke 600 yang terletak di Pavilion Bukit Jalil (PBJ) ini bakal berlangsung pada 9 Disember akan datang. Apa macam? Korang excited tak, nak shopping dekat cawangan ke 600 Watsons ini? Dengar cerita ada banyak promosi eksklusif di Watsons tawarkan.

Selain itu, rekaan dalaman Watsons PBJ juga lebih moden dan fun kerana ianya menerapkan unsur-unsur fesyen. So, kalau korang jalan masuk dekat dalam ni, korang boleh la feeling-feeling jalan dekat runway.

Banyak servis menarik yang ditawarkan…

Di Watsons PBJ juga, korang boleh dapatkan servis makeover secara percuma daripada mekap artis profesional di kaunter mekap servis disana.

Kalau masih confuse tak tahu nak beli mekap yang mana? Daripada jenama apa? Korang guna je Style Me kiosk dekat Watsons PBJ. Ada ColourMe tablet dekat situ! ColourMe tablet ni membolehkan korang buat Virtual Makeup Try-on. Ianya merupakan  virtual makeup service yang menggunakan teknologi AR. Melalui servis ini korang boleh cuba pelbagai jenis mekap daripada pelbagai jenama secara percuma.

Disamping itu, jangan lepaskan peluang untuk kunjungi refill station Naturals by Watsons. Di refill station tersebut korang hanya perlu bawa botol untuk refill produk Naturals pilihan korang seperti Aloe Vera shampoo & bath, Olive shampoo & bath, Argan Shampoo, Coffee Shampoo dan pelbagai lagi. Dah siap refill boleh la buat bayaran dikaunter.

Turut dilengkapi dengan self check out counter, korang boleh bayar sendiri  produk yang korang beli. Tak perlu dah nak beratur panjang di kaunter pembayaran.Kalau tak tahu macam mana nak self check out barangan yang dikehendaki, nanti staff mereka akan bantu korang.

Kalau korang jenis nak cepat, ada option yang lagi mudah. Korang guna je Clik & Collect Express Service, korang cuma perlu pilih beli barangan yang korang nak secara online kemudian pergi ke cawangan Watsons PBJ ambil order anda.

Shopping selama setahun di Watsons secara percuma? Ini caranya…

Bagi memeriahkan lagi sambutan pembukaan outlet ke 600 Watsons, pada 9 Disember ini, apabila korang berbelanja RM 60 dimana-mana outlet Watsons di seluruh negara atau secara dalam talian Watsons akan berikan 600 mata ganjaran.

Lebih dahsyat lagi, pelanggan ke 600, 6000 dan 60,000 yang membuat perbelanjaan pada 9 Disember ini, turut akan menerima hadiah yang tak masuk akal. Di mana pemenang yang terpilih, boleh berbelanja di Watsons selama setahun secara percuma. Giler betul kan? Dahsyat betul promosi ni

*Tertakluk pada terma & syarat.

Super Goodies Bag untuk semua!

Oleh itu, sempena pembukaan rasmi outlet ke 600 di PBJ, Watsons sediakan 200 Super Goodies Bag yang bernilai RM 100 untuk 200 pelanggan pertama yang juga yang datang shopping di outlet Watsons PBJ. Cara nak dapatkan Super Goodies Bag ni mudah sangat, korang cuma perlu berbelanja minima RM100 dan ke atas dan pastikan korang merupakan ahli Watsons.

Bagi yang tak sempat nak grab Super Goodies Bag,Watsons ada tambahan 200 Goodies Bag yang bernilai RM50 dan baucar tunai bernilai RM20 untuk 200 ahli Watsons. Korang kena beratur pada jam 5 petang di Watsons PBJ dan dapatkan Goodies Bag istimewa ini secara percuma. Yeeee… PERCUMA! Best kan?

Bukan itu sahaja, bermula pada 9 hingga 15 Disember akan datang, korang juga akan dapat baucar tunai RM5 apabila berbelanja dengan nilai minima RM30 di outlet Watsons PBJ.

Jualan Akhir Tahun- Buy 2 Save More!!!

Bagi korang yang nak stock-up barangan penjagaan diri dan kesihatan,inila masanya! Jangan lepaskan peluang untuk grab promosi Year End Sale, sebab korang boleh jimat banyak dengan promosi ini.  Beli 2, dapat potongan harga gila-gila. Siapa je tak suka.

Melalui promosi ini, korang juga berpeluang untuk menang sebuah kereta Nissan X-Trail dan sebuah kereta Nissan Almera model terbaru. Mudah je nak join peraduan Belanja & Menang ni, korang cuma perlu berbelanja minima RM60 dimana-mana outlet Watsons dan pastikan bayaran dibuat menggunakan Touch n Go, e-Wallet. Nanti korang akan dapat 2 kali cabutan bertuah.

Yang menariknya, korang bukan dapat 2 cabutan bertuah sahaja sebaliknya, korang juga akan dapat cashback RM5. Beli online pun layak tau untuk menikmati promosi ini. Janji korang buat bayaran menggunakan Touch n Go, e-Wallet.

Pastikan juga, korang collect planner edisi khas Watsons Yang ditawarkan hanya pada harga RM18.90 melalui promosi PWP. Senang nak plan jadual harian kalau ada planner. Mudah kerja.

Jadi apa lagi yang korang tunggu? Jom muat turun aplikasi Watsons MY dan nikmati diskaun RM20 untuk pembelian kali pertama.

IOS: Watsons MY

Android: Watsons MY

Nak tahu lebih lanjut mengenai promosi Watsons? Klik SINI!

SKIP THIS AD ×