berita

Watsons Sokong Bulan Riben Merah Jambu Dengan Great Pink Members Sale!

October 5th, 2018 | by Nurul
Kini Trending

Kalau sebut pasal riben merah jambu dan bulan Oktober, apa yang terbayang dalam kepala korang? Mestilah tentang Bulan Kesedaran Kanser Payudara!

Seperti yang kita semua tahu, Bulan Kesedaran Kanser Payudara disambut pada bulan Oktober setiap tahun dengan tujuan untuk memberi kesedaran dan sokongan kepada pesakit kanser payudara.

Watsons juga tak ketinggalan dalam menyokong bulan kesedaran tahunan ini dengan October Great Pink Members Sale! Nak tahu apa yang best? Jom baca ni..

Sambil membeli, sambil menderma!

Menariknya October Great Pink Members Sale ni adalah, dengan setiap pembelian bernilai RM50 ke atas mana-mana 17 produk yang terpilih di Watsons, RM1 akan didermakan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia.

Ahli Watsons juga layak menikmati baucar bernilai RM10 dengan setiap pembelian produk terpilih!

Produk yang terpilih adalah Biore, Bio-essence, Blackmores, Cetaphil, Gatsby, Good Virtues Co., Hada Labo, Kate, Lifebuoy, Maybelline, Nanowhite, NH Detoxlim, Nivea, Oral-B, Pure Beauty, Pantene dan Safi.

Makeover & pemeriksaan kesihatan PERCUMA!

Kredit: Sinar FM

Jom tunjukkan sokongan korang pada Bulan Kesedaran Kanser Payudara dengan membeli pin magnet riben merah jambu bernilai RM5 di gedung Watsons yang terlibat serta secara online.

Dengan RM5 ni, korang bukan saja dapat makeover dan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA, tapi korang juga dapat berbakti kerana RM1 dari pembelian tersebut akan didermakan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia. 

Jadi, apa tunggu lagi, jom sama-sama kita membeli sambill beramal serta tunjukkan sokongan ke atas Bulan Kesedaran Kanser Payudara ini. Positive Vibes, Positive Life!

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan pelbagai lagi promosi menarik, layari Facebook Watsons Malaysia dan Instagram Watsons.

SKIP THIS AD ×