berita

Watsons Tawar Produk Pilihan Lestari Siap Diskaun RM10, Diskaun Tambahan 10% Untuk Ahli!

June 4th, 2021 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Dah sampai pertengahan tahun la guys. Waktu macam ni stok barang kecantikan dan kesihatan korang mesti dah nak habis kan? Tak boleh tunggu, memang kena topup la gitu.

Ramai dah mula gunakan produk yang mengandungi bahan semula jadi sekarang. Korang pun tak terkecuali kan? Kalau macam tu, kami yakin korang akan tertarik dengan apa yang Watsons buat ni. Serius berguna untuk korang!

Borong banyak, dapat potongan RM10 lagi.

Surprise gila bila dapat tahu ada promosi sempena Watsons Natural Fair. Tak senang duduk wei. Macam tahu-tahu je ramai tengah cari barang kecantikan dan kesihatan untuk tambah stok waktu pertengahan tahun ni kan?

Korang takkan menyesal kalau berbelanja minimum RM150 dan ke atas untuk sebarang jenama terpilih di mana-mana cawangan Watsons atau secara talian. Korang akan dapat potongan lagi sebanyak RM10. Takkan tak nak kot?

Nak lagi senang, korang kongsi la dengan keluarga dan member korang. Promosi ni hanya ada sewaktu Watsons Natural Fair tau. Jangan lupa guna kod promo di bawah kalau shopping di Watsons secara online ya.

21NFAIRJUN

*Tertakluk pada terma dan syarat

Diskaun RM50 sempena Watsons 6.6 Online Sale!

Surprise! Ada diskaun tambahan lagi untuk Watsons Natural Fair sewaktu Watsons 6.6 Online Sale! Dengan perbelanjaan minimum RM250 dan ke atas untuk jenama terpilih, korang boleh nikmati diskaun tambahan RM50 dengan menggunakan kod promo “50NATURAL”.

Take note! Promosi ni hanya tersedia secara online sehingga 6 Jun 2021. Kod promo ni sangat ekslusif dan hanya terpakai untuk 50o orang pengguna pertama je. Baik cepat dapatkannya sekarang!

Bukan tu je. Ada lagi yang menarik daripada Watsons untuk korang..

Watsons Natural Fair datang dengan promosi lebih gempak!

Macam mana nak Going Natural bersama Watsons?

Pertama, kena tahu Apa Yang Kita Pakai (What We Apply) terlebih dahulu. Amalkan untuk memakai produk dengan bahan semula jadi di Watsons. Bagus untuk kulit dan badan korang jugak. Sememangnya penjagaan badan secara semula jadi!

Kemudian, kena tahu Apa Yang Kita Makan (What We Eat). Diri kita adalah apa yang kita makan setiap hari. Mulakan hari korang dengan produk disyorkan oleh Watsons. Bukan setakat dituai secara semula jadi, malah ia bagus untuk kesihatan korang secara semula jadi!

Akhir sekali, pastikan produk tu Beri Kesan Baik (Doing Good) dengan pilihan lestari pada badan korang. Gunakan produk pilihan lestari oleh Watsons yang dipilih secara berhati-hati untuk kecantikan bersih, pembungkusan yang lebih baik, isi semula dan bahan ramuan yang lebih baik!

Watsons nak Going Natural dengan pilihan lestari, kagum gila!

Untuk pengetahuan korang, Watsons kali ni nak ajak korang untuk Going Natural dengan pilihan lestari. Bukan setakat ada produk yang guna bahan semula jadi je tau. Banyak lagi yang Watsons akan buat demi alam sekitar!

Antara konsep menarik dalam pilihan lestari oleh Watsons ialah Clean Beauty. Senang cerita, produk jenama Watsons ni bersih daripada segala bahan terlarang terpilih. Lebih-lebih lagi, produk ni boleh beri impak positif pada alam sekitar.

Konsep Refill dalam pilihan lestari oleh Watsons pun best. Kalau produk dah habis digunakan, jangan buang bekas lama sebab boleh gunakannya semula. Korang hanya perlu beli pek isi semula di Watsons. Tak la membazir beli bekas baru.

Dalam pilihan lestari oleh Watsons ada konsep Better Ingredient. Korang pun tahu yang Watsons hanya tawarkan pilihan produk terbaik. Sebab tu la Watsons hanya guna bahan kertas atau minyak sawit dari hutan atau ladang yang diuruskan secara bertanggungjawab je.

Pilihan lestari oleh Watsons jugak tekankan konsep Better Packaging. Maklum la sekarang kita kena kurang gunakan plastik. Sebab tu produk jenama Watsons sekarang banyak yang dibungkus dengan kertas. Senang nak kitar semula nanti.

Nak info lebih lanjut? Klik sini: https://interactive.watsons.com.my/sustainability.

Sertai Special Going Natural Virtual Cooking Workshop, bengkel memasak menarik oleh Watsons!

Selain tu, Watsons ada bengkel menarik iaitu Special Going Natural Virtual Cooking Workshop untuk korang join. Seramai 20 ahli ELITE Watsons yang berbelanja di Watsons semasa Watsons Natural Fair boleh sertai bengkel memasak secara maya ni.

Bengkel ni seronok sebab korang boleh buat sebanyak 3 resipi yang sedap dan berkhasiat. Sangat berguna untuk tambah ilmu memasak korang kat rumah. Boleh la cuba masak untuk orang tersayang nanti. Confirm dia puji punya.

Jadi, promosi apa yang ada sempena Watsons Natural Fair ni? Untuk info lebih lanjut tentang Watsons Natural Fair, klik sini.

Tawaran banyak jenama terkemuka, favourite korang mesti ada punya.

Nak ambil produk kesihatan ni, kena pilih betul-betul. Pilih la produk semula jadi dan organik, lebih selamat. Lagi senang, cari kat Watsons. Sekarang banyak jenama terkemuka di Watsons ditawarkan sempena Watsons Natural Fair tau. Peh!

Jenama dengan tawaran hebat seperti Moist Diane, Simple, St. Ives, Himalaya, Herbal Essences, Cetaphil, Nivea dan banyak lagi yang korang boleh dapat di Watsons. Jenama Watsons seperti Naturals by Watsons, Nutrabliss by Watsons dan lain-lain tak kurang hebatnya.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Promosi PWP, diskaun hebat sehingga 50% wei.

Bagi korang yang selalu shopping kat Watsons, mesti dah biasa dengan promosi PWP ni. Kali ni lagi best dan jimat. Nampak gayanya, boleh la tambah stok lagi. Harga pun lebih berbaloi. Memang untung kalau jadi ahli Watsons ni.

Siapa kat sini minat gila dengan DOLLA? Haa.. Sekarang korang boleh berstail seperti DOLLA dengan produk kosmetik C.Code. Kalau korang nak tahu, DOLLA ni duta jenama kosmetik C.Code tau.

Bersama Watsons, DOLLA turut kongsikan tips solekan yang cantik. Jadi, korang boleh la belajar jadi cantik seperti DOLLA. Korang boleh cari #MyBeautyMyStyle di media sosial untuk dapatkan lebih banyak tips!

Paling best, korang boleh beli produk kosmetik C.Code dan dapatkan diskaun 20% untuk item kedua. Ahli Watsons pun boleh dapat 5x mata ganjaran. Masyuk la!

Nak info lebih lanjut tentang promosi PWP oleh Watsons? Klik sini.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Layak untuk eBelia? Watsons nak bagi kredit RM5 untuk korang.

Siapa kat sini yang layak untuk eBelia? Sekarang memang tengah kecoh pasal eBelia ni. Watsons pun tak ketinggalan nak bagi kredit RM5 secara percuma kat korang kalau menggunakan aplikasi e-wallet iaitu Touch ‘n Go eWallet dan Boost. Terima kasih Watsons!

Nak dapatkan kredit percuma ni senang. Korang kena berbelanja minimum RM50 di mana-mana cawangan Watsons dan buat pembayaran guna aplikasi e-wallet. Promosi ni buat mereka yang layak untuk eBelia je tau. Ingat tu.

Nak info lebih lanjut tentang promosi eBelia oleh Watsons? Klik sini.

*Tertakluk pada terma dan syarat

Jadi, korang tunggu lagi tu? Jom la shopping di Watsons sekarang!

Korang boleh muat turun aplikasi mudah alih Watsons dengan link di bawah:

SKIP THIS AD ×