berita

#WatsonsGetActive Move Your Body Challenge Tawar Hadiah Bernilai Sehingga RM 130,000!

September 30th, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Watsons melancarkan Peraduan #WatsonsGetActive Move Your Body TikTok Challenge bermula 29 September sehingga 26 Oktober 2020. Menerusi peraduan ini, orang ramai berpeluang merebut hadiah bernilai sehingga RM130,000!

Move Your Body TikTok Challenge ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pengawasan ibu bapa disarankan bagi penyertaan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Rakam guna applikasi TikTok

Untuk menyertai peraduan ini, orang ramai dikehendaki merakam video menggunakan applikasi TikTok dan menghantar penyertaan di TikTok challenge page: https://vt.tiktok.com/ZSP3F3PE/. Mereka yang sudah mempunyai akaun TikTok perlu menukar setting ‘privacy’ kepada ‘public’, manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun TikTok anda perlu memuat naik applikasi TikTok terlebih dahulu.

Anda juga dikehendaki melengkapkan setiap steps yang telah ditetapkan oleh pihak Watsons untuk video ini. Anda perlu memilih tempat pada awal video dan masukkan lagu #WatsonsMoveYourBody untuk seterusnya. Anda juga dikehendaki melakukan tiga senanam yang telah ditetapkan iaitu Arm Circle, Air Squat dan Stand Running. 

Sebelum anda memuat naik video yang telah dirakam, pastikan anda menyertakan sekali hashtag yang disediakan iaitu #WatonsGetActive, #WatsonsMalaysia #SmileInsideOut @WatsonsMY. Video yang telah dimuat naik juga perlu dikongsi di laman Facebook dan Instagram.

Boleh tebus baucar Watsons

Selain hadiah wang tunai, bagi mereka yang menyertai peraduan ini juga berpeluang menebus baucar RM10 Watsons. Untuk menebus baucar ini, anda hanya perlu menekan #WatsonsGetActive Hashtag Challenge Page dan tekan butang ‘redeem now’ or visit https://watsons.com.my/promo-submit. Bagi member Watsons, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan bagi pengesahan dan bagi yang non-member anda perlu mendaftar terlebih dahulu bagi menebus baucar tersebut.

Tiga peserta dengan video penyertaan paling kreatif yang ditentukan oleh panel hakim Watsons Malaysia akan dinobatkan sebagai penerima hadiah utama, naib juara dan tempat ketiga. Manakala 100 peserta dengan penyertaan terbaik akan diberikan hadiah saguhati. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak Watsons adalah muktamad dan segala surat-menyurat tidak akan dilayan.

Bagi pemenang hadiah utama akan menerima wang tunai sebanyak RM 5000, naib juara menerima RM 3000 dan tempat ketiga menerima RM 2000 manakala 100 peserta akan menerima saguhati produk bernilai RM 200.

Tertakluk Terma & Syarat

Setiap penyertaan dalam #WatsonsGetActive TikTok Challenge merupakan perjanjian penuh peserta tanpa syarat dan menerima segala Terma & Syarat. Pihak Watsons juga berhak mengubah segala Terma & Syarat tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Selain itu juga, penyertaan yang dihantar selepas tempoh secara automatik penyertaan terbatal. Pihak penganjur juga berhak menukar tempoh peraduan tanpa notis sekiranya perlu. Para peserta juga perlu mengetahui terlebih dahulu kandungan video yang ingin dibuat ini kerana supaya tidak melanggar larangan yang telah ditentukan oleh Participating Operator.

Visit https://www.watsons.com.my/promo-getactive For more info

Click the link below to get Health & Beauty Vouchers with saving more than RM370!

https://www.watsons.com.my/promo-xtra-vouchers

SKIP THIS AD ×