berita

Wawa Zainal Buat ‘Surprise’ Sampai Penat Nak Tarik Tak Habis-Habis

March 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Membuat kejutan buat orang yang tersayang adalah perkara yang boleh membahagiakan kita sendiri. Pelakon Wawa Zainal telah membuat kejutan sempena ulang tahun kelahiran buat ibu tersayang.

Bukan kek biasa-biasa

Kek yang diberikan buat ibunya itu bukan lah biasa-biasa namun ia sangat istimewa kerana kek tersebut berisi wang tunai.

Menerusi video yang telah Wawa kongsikan, ibunya kelihatan sangat terkejut apabila menarik kertas yang ada pada kek tersebut.

‘Selamat ulang tahun mak..’

‘Caption’ yang ditulis oleh Wawa membuatkan netizen sebak kerana Wawa tidak dibesarkan oleh ibu kandungnya namun dia cuba sedaya upaya untuk berlaku adil untuk kedua-dua ibunya itu. Tambahnya juga, dia cuba untuk menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ketiga-tiga orang tuanya.

selamat ulang tahun mak.. walaupun wawa bukan lah dibesar kan oleh ibu kandung, wawa cuba sedaya upaya untuk adil kepada kedua ibu .. mencuba menjadi anak yg sentiasa membahgiakan ketiga tiga orang tua ku..

Dia juga turut menasihatkan orang ramai jika ada yang sama situasi dengannya, sayangi lah mereka dah kasihi mereka selagi mereka masih ada.

‘Hanya Allah je tau apa perasaan ibu bila anak hargai’

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya memberi komen yang positif dan ada jugak yang sebak melihat kejutan yang Wawa berikan kepada ibunya itu. Ada juga yang mendoakan agar Wawa sentiasa dimurahkan rezeki buat Wawa dan keluarga.

Video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®? (@w4w4_zainal)

Sumber : w4w4_zainal 

SKIP THIS AD ×