Umum tahu pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata keempat yang dijangka pada November ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Tutup Kilang Dulu Ye..’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Bakal Timang Cahaya Mata Keempat
Muntah bila buka peti sejuk
Terbaru, pelakon Wawa Zainal mendedahkan dia mempunyai alahan sama seperti setiap wanita hamil.
Menurut Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata dia akan ‘mabuk’ apabila membuka pintu peti sejuk.
Perkara itu dikongsikan menerusi sesi Ask Me Question yang dibuka bersama peminatnya di Instagram (IG).
Sudah empat kali hamil, saya tidak ‘mabuk’ benda lain.
Rasa ‘mabuk’ kalau buka peti ais saja. Kalau buka peti ais automatik akan muntah.
Tambah isteri aktor Aeril Zafrel, dia juga alah terhadap bau bawang yang akan membuatkan dia muntah.
Paras hemoglobin rendah
Dalam pada itu, usahawan terkenal itu memberitahu dia berdepan masalah paras hemoglobin dalam darah yang rendah sewaktu awal kehamilan.
Sebenarnya Wawa perlu menaikkan paras Hb (hemoglobin) bukan semata-mata sebab hamil tetapi untuk cucuk vaksin.
Jadi antara usaha yang Wawa lakukan adalah makan hati ayam yang akan digoreng garing sebab saya tak boleh nak makan organ dalaman itu, akan loya. Sama juga dengan kerang.
Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram @w4w4_zainal