berita

Wawa Zainal Mohon Maaf Pada David Teo

October 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

PC Aeril Zafrel & Wawa Zainal-27

Walaupun Wawa Zainal sudah berterus-terang kepada khalayak ramai mengenai status hubungannya dengan Aeril Zafrel, namun kisah kontroversi mereka tidak hanya terhenti setakat itu sahaja.

Pelbagai isu mengenai mereka semakin menjadi perbualan hangat apabila Wawa mendedahkan terpaksa merahsiakan perkahwinan kerana takut dimarahi majikannya, Mejar (K) David Teo.

David pula menerusi responnya terhadap kenyataan Wawa dan Aeril mengatakan mereka tidak perlu takut dan menurutnya perkara seperti itu boleh dielak jika dibawa berbincang terlebih dahulu.

PC Kahwin Diana Amir-15

Namun pada hari Jumaat yang lepas, David memberitahu bahawa Wawa telahpun menelefonnya dan memohon maaf di atas apa yang berlaku.

David yang ditemui sewaktu majlis sidang media pengumuman tarikh nikah Diana Amir turut menyatakan Wawa berasa kesal kerana kontroversi mengenai dirinya masih lagi diperkatakan.

Untuk pengetahuan semua, Wawa ada menelefon saya pagi tadi (Jumaat) untuk minta maaf dan bertanya mengapa isu ini masih belum berakhir hingga ada pihak yang campur tangan.

Saya katakan pada dia, perkara ini di luar jangkaan saya. Boleh nampak tak, tuan punya badan sendiri tak buat aduan tetapi orang yang tiada kaitan pula terlebih-lebih.

PC Kahwin Diana Amir-4

Kenyataan David itu merujuk kepada tindakan Zed Zaidi selaku Presiden Persatuan Seniman yang mendakwa kandungan kontrak penerbit tersebut melarang artis residennya berkahwin melanggar hak asasi manusia.

Bagaimanapun menurut David, walaupun ada tertulis artis perlu setuju untuk mengekalkan status bujang sepanjang tempoh sah kontrak, pihak pengurusan masih boleh bertolak ansur sekiranya artis naungan mereka bertemu jodoh.

Dalam masa yang sama, David memberitahu Wawa kini sedang berada di Johor dan sedia menyambut kepulangan pelakon itu sebaik sahaja tiba masanya nanti.

SKIP THIS AD ×