berita

Wawa Zainal & Nazim Othman Cover Media Hiburan Edisi Oktober

October 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wawa Zainal atau dikenali sebagai  Nur Hawa Zainal, 21, yang popular dengan drama “Bunga-Bunga Surga”, slot Zehra di Tv3kini dipilih menghiasi laman hadapan majalah Media Hiburan.

Namun, beliau tidak keseorangan kerana Wawa turut digandingkan bersama Nushrul Alif bin Othman atau lebih dikenali sebagai Nazim Othman, 28, yang popular dalam drama “Kau Yang Terindah”.

Antara isu-isu panas yang dikupas adalah, “Saya Bukan Remaja Liar”-Wawa Zainal, “Harap Jodoh Dengan Nabila Dally”-Nazim Othman, “Ayah Suruh Kahwin Cepat”-Diana Amir,  “Enggan Menyanyi”- Shaheizy Sam dan pelbagai lagi isu menarik. Selain itu, bagi peminat Oppa Gangnam Style, lirik lagu tersebut turut disediakan.

SKIP THIS AD ×