berita

Weekend Ini Adalah Masa Paling Sesuai Untuk Korang Shopping Barang Makeup Sebab…

January 25th, 2019 | by Epul
Shout Out!

“Bosanlah asyik pakai warna gincu sama je, nak tukarlah!” – Detik hati kecil korang sambil berangan-angan nak singgah Watsons dan beli barang makeup baru balik kerja nanti. Hoi, tak fikir ke duit dalam dompet tu ada berapa ringgit je?

Tapi, jangan risau. Dengan berbekalkan beberapa ringgit tu korang masih boleh shopping barang makeup baru sebab Watsons buat potongan harga 50% untuk jenama kosmetik terpilih sepanjang weekend ni. Jadi, cepat ke Watsons berdekatan korang!

Jenama kosmetik apa yang dapat potongan harga 50% tu?

 

Potongan harga 50% ni sebenarnya diadakan bersempena The Great Sale pada Tahun Baru Cina tak lama lagi. Jimatlah duit poket korang kalau boleh beli produk kosmetik dari jenama terkemuka pada separuh harga!

Ini antara jenama kosmetik yang Watsons tawarkan dengan potongan harga 50%… Admin juga ada share produk-produk terbaik dari semua rangkaian jenama di bawah ni!

Maybelline

Jenama Maybelline memang bukan calang-calang dan ramai cakap foundation Fit Me Maybelline ni best sangat. Sebab dia boleh tutup cela dekat wajah, tahan lama dan sangat sesuai dengan warna kulit muka orang Asia.

Bayangkan kalau jenama produk kosmetik terkemuka ni dijual pada separuh harga, tak gila tu guys?

SilkyGirl

Produk SilkyGirl memang menjadi kegilaan gadis-gadis. Gincu matte junkie dengan maskara big eye dan eyeprism antara produk popular yang korang boleh dapatkan di Watsons.

Cushion matte lip powder pun boleh tahan. Sesuai untuk gadis-gadis yang nak ‘natural‘look‘ dan tak over sangat bila makeup.

L’Oréal

Ramai perempuan suggest guna foundation dan maskara jenama L’Oréal. Diorang cakap boleh buat bulu mata nampak tebal. Jomlah try!

Rimmel

Apa yang kawan-kawan admin cakap, makeup setting spray jenama Rimmel memang selesa dipakai bila lepas makeup. Ia boleh menjadikan makeup korang tahan lama!

Revlon

Review orang ramai di media sosial banyak cakap foundation Revlon tahan sehingga 24 jam. Jadi, korang tak perlu touch up 2-3 kali dalam sehari!

In2it

Apa yang best dekat In2it adalah warna blusher mereka yang lembut. Jadi, kalau korang nak look gadis-gadis manis, bolehlah try blusher In2it!

Maskara kening In2it pun boleh tahan. Pilih dari 3 warna yang ada dan lukis sikit je sebelum keluar rumah, korang boleh nampak bulu kening tersusun rapi! Alang-alang ada diskaun ni, jomlah beli satu!

Sale ni berlangsung pada weekend ni sampai 28 Januari saja, jadi cepat!

Tunggu apa lagi? Jom ke Watsons berdekatan korang dan rebut tawaran potongan harga 50% untuk produk kosmetik terpilih kat atas! Bila lagi nak borong dan topup stok produk kosmetik korang kan? Inilah masanya!

Bila dah dijual pada separuh harga, admin confirm stok dekat kedai Watsons cepat habis kan? Jangan risau! Korang juga boleh shopping secara online di www.watsons.com.myBestnya!

Layari laman Facebook Watsons untuk lebih banyak update promosi terkini mereka. #HappyBeautifulYear dari Watsons!