
Pelakon, Siti Khadijah Halim tidak dapat menyembunyikan rasa gembira apabila hasratnya untuk bergandingan dengan aktor Zul Ariffin akhirnya tercapai menerusi telefilem Takdirnya Cinta.
Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Ulas Trend Budak Baru Tolak Drama – ‘Kalau Nak Asah Bakat, Itu Tempat Terbaik’
‘Whislist’ tercapai

Siti, 29, berkata dia pada awalnya berasa sedikit gementar untuk bekerja bersama Zul, namun perasaan itu berubah selepas mereka mula menjalani penggambaran.
Menurutnya, Zul seorang yang mudah didekati dan tidak kekok untuk berbual meskipun mempunyai aura tersendiri sebagai seorang pelakon berpengalaman.
Pertama kali dapat bekerja dengan abang Zul dan aura dia sangat kuat. Mula-mula agak rasa takut dan janggal, namun segalanya berjalan lancar. Walaupun dia nampak macam ‘bro-bro’, tapi di set sangat mudah berborak.
Sangat seronok. Memang dalam ‘whislist’ saya nak berlakon dengan abang Zul, takkan tidak. Akhirnya ‘whislist’ saya tercapai nak berlakon dengan abang Zul. Bersyukur, alhamdulillah.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Takdirnya Cinta terbitan UTV yang berlangsung di ibu kota, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Siti turut memuji kemampuan Zul dalam menghidupkan watak menerusi setiap dialog yang dilontarkan.
Dia seorang pelakon yang hebat, setiap dialog yang dilontarkan sangat neutral, sangat hebat. Membuatkan saya mahu memberi lebih juga dalam telefilem ini.
Selain Siti dan Zul, karya arahan Izuan Mokhtar itu turut menampilkan Fattah Amin, Muhsin Nadzli dan barisan pelakon lain.
Takdirnya Cinta diterbitkan bersempena ulang tahun pertama platform penstriman UTV dan mengetengahkan kisah percintaan yang lebih matang, dengan Istanbul, Turkiye menjadi antara latar utama.






![[VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida](https://asset.ohbulan.com/2026/09/azeva.jpg)
