berita

Wicked Festival 2013 Tampilkan Axwell & Zedd

October 17th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Fotor01017125513

Bagi yang gemar mendengar alunan muzik bergenre Electronic Dance Music (EDM), inilah masa anda untuk menyaksikan persembahan tersebut secara langsung oleh barisan DJ terkenal.

Apa yang menariknya, salah seorang DJ dari kumpulan Swedish House Mafia iaitu Axwell dan Zedd yang dikenali menerusi lagu Clarity bakal memberikan persembahan luarbiasa bersempena dengan Wicked Festival 2013.

Untuk pengetahuan anda, Wicked Festival 2013 bakal menjadi kunjungan pertama Zedd ke Asia Tenggara untuk menghiburkan peminatnya di Malaysia.

WICKED_POSTER

Manakala, nama besar seperti Axwell sudah tidak asing lagi di kalangan peminat EDM. Axwell telah beberapa kali merangkul anugerah Grammy, Billboard, MTV dan sebagainya.

Festival yang bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 23 November 2013 akan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran No_ID dari Amsterdam di samping DJ Nikki, BATE, Hightech, Ramsey Westwood dan Captain Ed.

Tiket kini sudah mula dijual bermula dari harga RM99, RM129, RM169 dan RM259. Bagi yang berminat, anda boleh dapatkannya di Rock Corner dan Victoria Music Centre atau layari laman web Ticket Pro.

Jika anda inginkan lebih kepastian mengenai festival ini, anda digalakkan untuk melayari laman web Wicked Festival 2013.

Sementara itu, jom layan dulu MV lagu terbaru dari Axwell dan Zedd di bawah. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×