berita

Woi, Kau Tahu Ke Tak Guna Hashtag #MH370 Ni?

March 11th, 2014 | by Ai
Shout Out!

mh

Dengan hanya sekeping gambar, kau mampu untuk menyampaikan pelbagai mesej. Malah, apabila gambar disertakan dengan caption yang betul, isi hati yang paling tersirat pun mampu ‘disurat’kan dengan mudah.

Bagaimanapun, gambar yang kau gunakan mestilah berkaitan dengan mesej yang cuba kau salurkan. Bayangkan jika disaat kau menyambut kelahiran bayi yang pertama, kawan kau hantar MMS gambar ulat berserta ucapan ‘Tahniah!’

Ataupun, contoh paling senang, kau tulis ‘Selamat Hari Raya Aidil Adha’ pada sekeping kad tapi kad itu sebenarnya kad Chinese New Year. Kan semuanya sudah jadi pelik? Semuanya kerana penggunaan gambar yang tidak bersesuaian.

Itulah yang terjadi kepada hashtag #PRAY4MH370 dan #PRAYFORMH370 di laman sosial terutamanya Instagram.

Memang niat kau murni, iaitu mendoakan keselamatan kesemua mangsa nahas tetapi tolonglah pastikan gambar yang kau muat naik bersesuaian dengan #PRAY4MH370 yang kau gunakan tu.

Ini tidak, ada je geng-geng yang upload gambar selfie sambil tersenyum girang makan ais krim, gambar tomyam dan daging masak merah, gambar kasut yang baru dibeli di Pavilion tetapi di ruangan caption tertulis #PRAY4MH370 dan #PRAYFORMH370.

Itu belum lagi perangai sebahagian peniaga-peniaga Instagram yang menggunakan hashtag tersebut pada promosi telekung, biskut rainbow dan produk kecantikan kulit mereka. Kenapa perlu jadi terlalu opportunist sewaktu orang lain sedang berduka?

Apakah kaitan antara selfie, tomyam, kasut serta promosi telekung dengan kesengsaraan, kesedihan, penantian serta ketakutan yang dihadapi oleh kesemua mangsa serta ahli keluarga MH370? Apa agaknya perasaan mereka jika mereka menekan hashtag tersebut? Sejujurnya, ingin bertanya dan diberi pencerahan.

Jika kau ada memuat naik gambar sebegitu, mohon turunkanlah demi menghormati mereka yang terlibat.

Jika kau rasa ‘alahh, gambar tu bukan penting pun, yang penting nawaitu. Gambar tu hiasan je’. Kau kena bersedialah jika suatu hari nanti, orang menghantar gambar longkang sewaktu hari jadi kau. Masa tu jangan nak melenting – kan nawaitu tu penting, gambar tu hiasan je.

– written by Faiz Dickie

SKIP THIS AD ×