berita

‘Woi Nak Pergi Mana? Hantu Betul!’

March 24th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Oi nak pergi mana!

Baru-baru ini tular insiden di mana pemandu Perodua Kelisa tidak memberi signal ketika menukar lorong dan telah mengakibatkan kemalangan kereta lain. Perkongsian video tersebut telah meraih respon daripada warganet dek ‘bebelan’ makcik bersama rakannya saat menyaksikan kemalangan itu.

Mak cik bebel curi tumpuan

Ketika kejadian berlaku, pemandu tersebut bersama rakannya sedang rancak berborak mengenai perancangan sebuah majlis. Namun, perbincangan mereka terbantut kerana sebuah kereta Perodua Kelisa telah mencelah masuk lorong mereka secara tiba-tiba setelah memberi signal. Walau bagaimanapun, pemandu tersebut terkejut dengan tindakan kereta Perodua kelisa terbabit.

Tukar lorong lagi sekali tanpa bagi signal

Setelah menukar lorong dari kiri ke lorong tengah, kereta terbabit menukar lagi ke lorong belah kanan tanpa memberikan sebarang signal dan menyebabkan kereta Perodua Kelisa bertembung dengan kereta Proton Wira. Akibat daripada kejadian terbabit, masing-masing terkejut dan tidak berhenti membebel setelah melihat kejadian tersebut yang disebabkan pemandu yang tidak memberi signal.

Hantu betul, nak ke mana! Allahuakbar! Kita dah on dia masuk je lagi.

Namun respon makcik yang menyaksikan kemalangan itu undang tawa netizen. Siap rasa rugi tak berhenti, kalau tak boleh tengok!

Video penuh

Sumber : Zuliskandariah Khalid

SKIP THIS AD ×