Anggota kumpulan K-pop, IVE iaitu Jang Wonyoung, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai salah seorang bintang muda paling berjaya apabila dilaporkan telah membeli sebuah kediaman mewah di kawasan elit Hannam-dong, Seoul.

Wonyoung beli rumah RM43.78 juta

Menurut laporan eksklusif media Korea Selatan, pembelian hartanah yang terletak di UN Village itu dilaporkan bernilai 13.7 bilion KRW iaitu kira-kira RM43.78 juta.

Lebih mengejutkan idola berusia 20 tahun itu didakwa membayar aset itu secara tunai memandangkan tiada sebarang pinjaman bank didaftarkan atas hartanah tersebut. 

Kediaman yang dibeli oleh pemilik nama Jang Wonyoung adalah sebuah unit dupleks (dua tingkat) yang merangkumi tingkat bawah tanah hingga tingkat satu. Bangunan tersebut baru siap dibina pada tahun 2023. 

Difahamkan, kawasan UN Village terkenal sebagai kawasan kediaman eksklusif pilihan konglomerat serta selebriti ternama Korea, berikutan tahap privasinya yang tinggi.

Untuk info, unit ini juga dilaporkan pernah dimiliki oleh pengerusi MBK Partners, Michael Kim dan sebelum itu, oleh pelakon terkenal Korea, Kim Tae Hee.

Sumber: The Pink Villa