berita

“World Of Movies” – Dunia Filem Di Hujung Jari Anda!

September 14th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Astro kini telah melancarkan saluran baru yang dikenali sebagai Astro Best, di mana ia telah menjangkau hampir 3.1 juta pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan filem-filem hebat daripada Hollywood dan Asia. Kesemua filem ini boleh didapati menerusi dua medium, iaitu Satelit DTH (Direct-To-Home) dan juga Platform IPTV (Internet Protocol Television).

Sebelum ini pernahkah anda mengidamkan suasana yang tenang, dengan hanya berehat di atas sofa dan bertanya kepada diri sendiri, “Filem apakah yang ingin saya tonton hari ini?”

Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan Astro Best dan Astro B.yond VOD, kini dengan hanya sentuhan di hujung jari sahaja, anda mampu menikmati tontonan filem yang hebat dan terbaik, pada bila-bila masa. Kesemua filem ini akan ditayangkan dalam kualiti video yang jelas serta berdefinasi tinggi.

Menerusi langganan Astro Best di saluran 481, anda boleh membeli filem terbaik Hollywood seperti “Marvel’s The Avengers”, “The Hunger Games” dan filem hit Korea yang menampilkan artis-artis K-Pop Korea, “I AM: SM Town Live Tour in Madison Square.” Kesemua filem ini boleh dilanggan dengan harga RM10 sahaja untuk setiap filem dan anda boleh menonton filem pilihan ini dalam masa 48 jam selepas pembelian. Untuk filem terbaru, Astro Best akan menampilkan filem berjudul “What to Expect When You’re Expecting” dan juga “The Cabin in The Woods”.

Untuk makluman, Astro World of Movies kini merangkumi beberapa saluran Astro iaitu Astro First, Astro Best, Astro B.yond VOD dan Astro First on Facebook.

Astro First

Astro First di Saluran 480, memberikan perkhidmatan yang mudah buat para pelanggan Astro, di mana mereka dapat menonton filem-filem yang telah dipilihan dengan cepat. Filem-filem ini dapat ditonton dalam masa dua minggu sahaja setelah filem tersebut disiarkan di pawagam.

Astro Best

Astro Best merupakan saluran baru di 481 dan ia baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu. Menerusi saluran ini, para pelanggan akan dapat menonton filem-filem blockbuster antarabangsa, setelah tiga bulan filem tersebut ditayangkan di pawagam. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang serupa dengan Astro First.

Astro B.yond VOD

Perkhidmatan Astro B.yond VOD disediakan untuk semua perkhidmatan dekoder B.yond PVR menerusi sambungan internet dan ia turut merangkumi saluran Astro IPTV. Sekiranya anda terlepas waktu tayangan filem kegemaran, anda boleh ’catch-up’ siri filem tersebut dengan mudah. Untuk makluman, Astro B.yond VOD juga boleh didapati di Astro-On-The-Go.

Astro First on Facebook

Astro First on Facebook merupakan perkhidmatan yang dijalankan menerusi aplikasi Facebook. Aplikasi ini akan menjanjikan anda pengalaman pawagam sosial PERTAMA di Malaysia. Menerusi aplikasi ini, anda boleh menonton filem-filem terbaru kegemaran menerusi Facebook serta bersembang secara langsung dengan para pelakon filem berkenaan. Sekiranya anda tidak melanggan Astro, anda juga boleh menonton Astro First secara langsung menerusi akaun Facebook anda sendiri.

Untuk maklumat lanjut berkaitan saluran-saluran ini, anda boleh layari Facebook Astro di www.facebook.com/Astroworldofmovies.

SKIP THIS AD ×