berita

Wow Ada Sam Tsui! Festival Muzik OMNI Waves 2019 Bakal Gegarkan KL Mac Ini

February 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Shout Out!

Ada dekat sini peminat Sam Tsui, Madilyn Bailey, DJ Quintino, Dj Jay Hardway, duo Dj Malaysia Goldfish + Blink dan DJ Tujamo? Kalau korang merupakan peminat setia nama-nama besar yang kami senaraikan di atas ini, teruskan bacaan korang sampai habis! Sebab apa?

Festival muzik tertutup terbesar di Malaysia, One Music Night Invasion Waves 2019 (OMNI Waves 2019) buat julung kalinya akan diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur, dibawakan khas oleh OmniPay dan JS Entertainment.

Konsert pelbagai genre musik

Festival muzik yang buat julung kalinya diadakan di Malaysia ini menampilkan barisan artis-artis antarabangsa dan tempatan terkenal antaranya Top 25 Dj Dunia dari Belanda iaitu Quintino, penerbit German Electro House Music Tujamo, Dj Jay Hardway, duo Dj Malaysia Goldfish + Blink dan termasuk juga dua penyanyi dibawah naungan YouTube Sam Tsui dan Madilyn Bailey.

Kombinasi irama lampu, penambahan kesan khas dan sound effect bertaraf antarabangsa serta rekaan pentas yang menarik bakal membuatkan korang terhibur pada tahap maksima!

Tiket telah mula dijual

Konsert OMNI Waves 2019 ini bakal berlangsung pada 23 Mac 2019 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC) Kuala Lumpur bermula jam 6 petang sehingga 1 pagi. Tiket telah mula dijual kepada orang ramai berharga RM350 untuk tiket biasa dan RM450 berserta 2 minuman percuma untuk tiket VVIP.

Korang boleh dapatkan promosi hebat Full Line-Up dari 21 Februari sehingga 8 Mac 2019. Menerusi promosi Full Line-Up ini, korang boleh dapatkan tiket dengan harga bermula RM250 untuk tiket biasa dan RM400 berserta 2 minuman percuma untuk tiket VVIP.

  • Kemasukan Umum (Zone Biasa): RM350*
  • VVIP: RM450**

*Zone eksklusif hanya untuk bukan beragama Islam dan berumur 21 tahun ke atas

*Hanya boleh dibeli melalui applikasi Omnity, didatangkan dengan dua (2) minuman percuma (VVIP)

Download Aplikasi Omnity & Dapatkan Potongan RM50!

Bagi pengguna kali pertama aplikasi ini, korang cuma perlu download Omnity dan RM50 secara automatik akan dikreditkan ke dalam akaun korang. Dan jika menggunakan promo code OHBULAN korang layak untuk menikmati RM50 untuk pembelian tiket VVIP. Pembelian ini hanya sah melalui aplikasi Omnity sahaja tau!

Bagi pengguna semasa pula, korang juga boleh menikmati diskaun RM50 dengan menggunakan promo code OHBULAN untuk pembelian tiket VVIP.

Korang boleh muat turun aplikasi Omnity di telefon pintar anda melalui apps store atau pun google play store atau anda boleh layari laman web www.omni-waves.com untuk maklumat lebih lanjut. Konsert ini bakal menggunakan sepenuhnya aplikasi Omnity dan menjadikan ia satu konsert tanpa tunai.

Jadi apa tunggu lagi, tempahlah tiket sekarang. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×