berita

Wow! Optimus Prime Dah Mendarat Di Paradigm Mall Bersama Autobots Yang Lain Sempena Hasbro School Holidays.

May 31st, 2023 | by Syamirul
Kini Trending

Cuti sekolah merupakan detik yang paling dinantikan oleh semua pelajar sekolah betul tak? Inilah masanya untuk bersuka ria dan bebas seketika dari memikirkan kerja sekolah dan sebagainya.

Hemm…Korang mesti dah bosan kan kalau setakat nak bawa anak-anak mandi kolam, berkelah, shopping atau hantar diorang balik kampung? Yalah, typical sangat aktiviti tu!

Apa kata cuti kali ni korang try sesuatu yang lain dari kebiasaan. Mesti seronok!

Masuk PERCUMA jer!

Untuk pengetahuan korang, Hasbro School Holidays ini akan diadakan di Paradigm Mall Petaling Jaya, di Upper Atrium (UG) bermula dari 26 Mei 2023 hingga 10 Jun 2023 tau.

Hasbro yang merupakan sebuah syarikat permainan global terkemuka kini telah bekerjasama dengan WCT Malls dan Paradigm Mall untuk mencipta ‘syurga mainan’ yang membolehkan kanak-kanak diluar sana mengekspresikan diri mereka sendiri.

Siapa-siapa yang rindukan zaman kanak-kanak korang tu memang sesuai sangat untuk berkunjung ke sini tau. Confirm tak menyesal!

Macam-macam stesen dengan tema yang berbeza ada!

Hasbro School Holidays kali ini menampilkan lebih daripada 5 stesen dengan tema yang berbeza untuk para pengunjung serta watak ikonik Hasbro seperti NERF, Play-Doh, Transformers, Monopoly, My Little Pony, dan banyak lagi. Bukan biasa-biasa guys!

Min rasa acara ini memang wajib ada dalam list korang untuk bawa anak-anak berjalan sempena cuti sekolah ini.

Tapi tak bahaya ke untuk anak-anak nanti? Jangan risau, setiap stesen diwujudkan khas untuk kanak-kanak dengan had umur yang bersesuaian untuk langkah-langkah keselamatan sebagai contoh :

  • Play-Doh: Slide into Play-Doh World: Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas sahaja.
  • Arena NERF: Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke atas sahaja.
  • Hasbro Gaming (Arena Interaktif): Sesuai untuk seisi keluarga, serta banyak lagi game best yang korang boleh cuba!

Antara aktiviti yang boleh dicuba!

Mesti korang tertanya-tanya apa lah aktiviti yang ada kan? Meh sini min share sikit aktiviti menarik yang korang boleh cuba dengan anak-anak nanti.

1. Transformers: Rise Of The Beasts

Perhatian kepada semua peminat Transformer! Hasbro School Holidays menampilkan barisan figure Transformers untuk memperingati watak ikonik dan aksi mengasyikkan menurut movie baru Transformers: Rise of the Beasts. Wow!

Psstttt…Itu baru sikit tau! Korang juga boleh menyaksikan patung pemimpin Autobot, Optimus Prime yang pertama di Malaysia setinggi 2 meter di pintu masuk acara ini nanti. Ini yang kita mahukan!

Korang juga boleh explore koleksi mainan Transformers terkini seiring dengan movie Transformers: Rise of the Beasts yang akan ditayangkan pada 8 Jun 2023 ini.

2. NERF Arena

Seperti yang kita sedia maklum, amatlah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari erti kerjasama pada usia yang muda bak pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”.

Melalui permainan NERF ini, kanak-kanak dapat meningkatkan beberapa kemahiran seperti koordinasi, kemahiran motor dan fizikal untuk Pertempuran Pasukan “Capture The Flag” di mana kanak-kanak dan orang dewasa boleh bekerja bersama dalam peperangan dalaman 3v3 untuk pasukan pertama menangkap bendera lawan!

Korang juga boleh, explore bestseller Hasbro, NERF Elite 2.0 dan koleksi terbaru NERF Elite Junior Blasters dimana papan sasaran tersedia untuk membolehkan kanak-kanak mencuba NERF Blasters ni.

3. Monopoly

Korang mesti pernah main Monopoly kan?

Kini korang berpeluang untuk mengambil gambar sekeluarga ketika sedang syok bermain dengan Monopoly yang kepingannya sebesar manusia! Mesti seronok ,lagi-lagi bila korang main dengan keluarga.

4. My Little Pony

Jom ambil gambar bersama My Little Pony di set foto rockstar! Kanak-kanak boleh menikmati aktiviti mewarna My Little Pony di kawasan interaksi di mana setiap hari akan ada watak My Little Pony yang berbeza untuk si kecil mengekspresikan kreativiti mereka.

Aktiviti mewarna merupakan cara yang baik untuk meningkatkan perkembangan deria kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka menggunakan imaginasi untuk membayangkan rupa little pony mereka.

Siapa yang ada anak perempuan tu mesti diaorang suka aktiviti ni!

5. Hasbro Gaming

Korang juga boleh mencabar ahli keluarga, rakan-rakan, atau orang lain dalam permainan Twister dan Jenga ini!

Twister ini merupakan satu permainan yang memerlukan keseimbangan dan paling penting sesuai untuk seisi keluarga tau.

Nak rasai pengalaman bermain dengan sesuatu yang melibatkan rakan-rakan, kemahiran, gelak tawa dan mungkin sedikit nasib? Haaa…Jenga lah jawapannya.

Cepat tunjukkan style korang bermain Jenga sekarang!

6. Play-Doh: Slide Into Play-Doh World

Bermain dengan Play-Doh yang penuh dengan warna-warni mampu mendorong kanak-kanak untuk mencipta sesuatu di mana mereka dapat menggunakan sebaik mungkin imaginasi mereka sambil membantu perkembangan kemahiran motor.

Tekstur Play-Doh itu sendiri dapat membantu kanak-kanak dari segi pembelajaran dan persepsi mereka sewaktu bermain dengannya.

Bukan setakat Play-Doh jer, tin-tin Play-Doh juga mempunyai warna yang menarik untuk memberikan keseronokan serta mengembangkan kreativiti kanak-kanak tersebut.

Haaa…Menarikkan aktiviti yang ditawarkan nanti. Mesti korang dah excited nak bawa anak-anak ke Hasbro School Holidays ni kan?

Aktiviti eksklusif pada hujung minggu

Seperti yang sedia maklum, terdapat 4 aktiviti interaktif yang menyeronokkan serta boleh disertai oleh kanak-kanak sepanjang hujung minggu ini antaranya :

1. Transformers Weekend Spend & Win

Apa yang korang kena lakukan ialah beli mana-mana barang di acara ini dan cabar diri korang dalam dunia Autobots!

Kalau korang menang korang boleh membawa pulang 1x Transformers Generation Legacy Core Figurine apabila korang berjaya menukar Transformers MV7 2-in-1 Optimus Prime Blaster DALAM MASA 5 MINIT SAHAJA!

2. Mascot Meet & Greet (2 Sesi)

Min rasa ini merupakan satu acara yang mampu membuatkan kanak-kanak tersenyum lebar apabila mereka dapat berjumpa wakat kegemaran mereka in real life!

Kalau nak rasa pengalaman ini, jangan lupa untuk sertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama Mr. Monopoly, My Little Pony, dan Doh-Doh.

Antara sesi yang tersedia ialah :

  • Sesi pertama: 2.00pm hingga 2:30pm.
  • Sesi kedua: 4:30pm hingga 5.00pm.

Jangan cakap min tak bagi tahu ya!

3. Dance With Us

Korang suka menari? Kalau ya, jom menarik mengikut irama bersama-sama watak-watak menarik dari Hasbro ni!

Ini merupakan pelung keemasan korang untuk merasai sendiri pengalaman menari dengan Mr. Monopoly, My Little Pony, dan Doh-Doh pada jam 5.30 petang. Mantap!

4. Play-Doh ‘What Will You Imagine’ Workshop

Workshop ini membolahkan kanak-kanak menikmati aktiviti mencipta dan membina makhluk kesukaan mereka di kawasan dengan bimbingan instruktur.

Aktiviti eksklusif ini hanya untuk Ahli WCT Buddy sahaja. Kalau korang nak jadi sebahagian dari WCT Buddy, boleh lah membuat pendaftaran awal di SINI.

Pendaftaraan secara walk-ins hanya akan diterima jika slot masih ada.

Gift With Purchase (GWP)

Melalui Gift With Purchase (GWP) korang berpeluang untuk mendapatkan NERF Ace Blaster atau Monopoly Bid secara percuma dengan setiap pembelian minimum RM250 (maksimum 2 resit yang digabungkan pada hari yang sama) di Paradigm Mall dari 26 Mei 2023 hingga 10 Jun 2023 ni tau.

*Selagi stok masih ada.

Jadi guyss, tunggu apa lagi cepat bawak anak-anak korang ke Hasbro School Holidays hari ni juga.

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×