berita

Wow, Senheng Menang Triple Win Triple Award? Ini Sebab Nya..

November 30th, 2017 | by Azyan
Kini Trending

Dari kecil sampai sekarang kalau bagitahu nak beli barang kelengkapan rumah je mesti orang kata ” Nak pergi Senheng lah tu” betul tak? Yelah, Senheng dah ada sejak tahun 1989, dari zaman atuk nenek kita pun dah ada tau. Dah sebati dengan diri rakyat Malaysia untuk pergi cari barang dekat Senheng.

Dari menerima anugerah “Jenama Terbaik Dalam Perniagaan Runcit” pada tahun 2012-2013 sehingga baru-baru ni Sengheng telah mendapat anugerah ” Triple Win Triple Award”! Fuh, power betul Senheng ni! Bukan calang-calang syarikat boleh dapat Triple Win Triple Award ni!

Award apa yang sampai Triple tu?

Senheng ni kat mana-mana je dia ada. Memang memudahkan orang ramai betul kan? Bukan di bandar je tapi juga di pekan-pekan! Kalau korang nak tahu, anugerah yang Sengheng terima ni meliputi semua aspek yang diperlukan oleh rangkaian kedai barangan elektrik! Tahniah Senheng! Korang memang power!

  • Retail Asia-Pacific Top 500 Award – Top 10 Retailers, Malaysia

  • Malaysia Franchise Awards 2017 – Best Franchise CSR & Best Franchisee Category
  • Putra Brand Awards 2017 – Silver Winner for Home Improvement Products & Stores Category

    Gempak gila kan? Sekali tiga dia dapat. Ini belum kira anugerah-anugerah lain lagi.  Sebagai pengguna, korang juga boleh dapatkan manfaat dengan menjadi ahli! Program Kesetiaan, PlusOne Senheng sediakan ganjaran yang kebabom dan keistimewaan yang luar biasa kepada 2.2 juta ahlinya. Tawaran nilai utama program kesetiaan datang dengan beberapa ciri utama, iaitu Ganjaran, Jaminan Perkhidmatan & Kemudahan.

    Kalau korang nak tahu, bila beli barang di Senheng, korang dapat extra setahun warranty! Bukan 2, 3 hari je tahu warranty tapi lebih 1 tahun! Yang penting, segala dokumen disimpan. Dah lah ada warranty lama, kalau beli barang, dapat reward pulak tu! Memang berbaloi la nak spend duit dekat Senheng ni!

    Tak ada masa nak pergi kedai?

    Lah, Senheng ada applikasi tau! Korang boleh download Senheng App ni telefon korang. Senang nak tahu promosi, butiran keahlian atau maklumat pembelian! Semua benda boleh check guna apps ni. Ada e-receipt; e-warranty claim; e-wallet; e-reward points. Bukan tu je, ahli kad Senheng juga boleh semak delivery status dan submit repair request semua nya guna Senheng App.

    Kalau dah beli barang banyak-banyak korang jangan lupa check tau sebab nya ada sesetengah barang tu boleh dapat points! Lepastu boleh redeem guna Senheng Apps! Boleh dapat barangan elektrik tau!

    Pekerja-pekerja dia pula memang diwajibkan untuk mengikuti latihan, so diorang akan kekal professional dalam perkhidmatan mereka. Terancang sungguh kan Senheng ni? Dari produk, pekerja sehingga ke perkhidmatan, semuanya teratur. Demi kesenangan pelanggan. So, korang apa lagi, cepat-cepat pergi Senheng dan daftar keahlian. Mana tahu boleh dapat ganjaran yang istimewa! Maklumat lanjut korang boleh layari disini.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×