berita

Wow! WeChat Pay MY Dah Ada Cara Baru Untuk Pesan Makanan. Memang Digital Habis Wei.

June 28th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Geng, nak lepak mana malam ni? Mamak jom!

Biasalah bila dah hujung minggu ataupun dah buntu tak tahu nak lepak mana. Confirm kedai mamak jadi pilihan kan. Tapi iyelah dah jadi tempat favourite orang ramai, memang ramai lah cerita dia. Mana taknya nak tunggu order lagi, nak beratur punya lah panjang oi.

Sekarang korang tak payah risau dah okay? Guna je aplikasi Wechat Pay MY ni. Dorang dah upgrade dan nak bayar pun senang, selamat dan mudah. Bukan itu sahaja Wechat Pay MY ada pelbagai perlindungan keselamatan untuk semua pengguna dan peniaga tau. Confirm selamat! 

Wechat Pay MY memang cool giler!

Sekarang, dah tak perlu bersesak nak bayar ke atau nak order makanan tau. Guna WeChat Pay MY jeconfirm gempak wei. WeChat Pay MY memperkenalkan penyelesaian baru yang menggabungkan kemudahan wei. Platform pembayaran dalam satu aplikasi memang akan memberikan para pengguna ketenangan minda serta kesesuaian dalam rutin harian korang nanti. Senang kan?

Nak pesan makanan? Smart Order je guys!

Memang senang lah lepasni geng mamak nak ambil order. Dengan Smart Order semua jadi mudah dan jimat masa okay. Pelanggan boleh memesan makanan daripada menu dalam aplikasi Smart Order dan membayarnya secara langsung dengan hujung jari sahaja tau.

Hanya beberapa minit, makanan akan terus terhidang oleh para pelayan, sekaligus memendekkan waktu pesanan dan meningkatkan kecekapan. Wow, menarik! Tak tahu macam mana? Nah ikut steps ini :

Mudah kan? Lepasni tak payah tunggu lama, Smart Order je. Gitu!

Apa lagi Mamak jom!

Restoran Mamak di Malaysia memang selalu jadi port orang lepak. Tapi selalu mesti ada gangguan tunai betul tak? Haa.. dengan Smart Order, WeChat Pay MY berharap dapat menerajui dan menjadi perintis dalam meningkatkan pengalaman ‘mamak’ untuk pelanggan. Gitu! Kerlas kan.

Dah lepak mamak tak kan tiada promosi kan? Haa.. dengan WeChat Pay MY korang berpeluang untuk dapat potongan sebanyak RM3 tau. Tapi macam mana ye? Yang pasti korang kena spend minimum RM8 bila makan di kedai mamak baru lah ada diskaun. Hehe.

Khas untuk pengguna WeChat Pay MY, untuk mengelak daripada perlu menunggu pelayan, atau beratur panjang untuk makanan. Korang hanya boleh pesan dan membuat pembayaran menerusi aplikasi WeChat Pay MY je. Confirm mudah dan lancar kan?

Cepat-cepat download aplikasi ini di Wechat.comMacam-macam ganjaran yang ada. Untung sebarang info, korang boleh check out di Facebook Wechat Malaysia. Jangan lupa ajak family dan kawan korang untuk guna aplikasi ni bila kat kedai Mamak okay.

 

 

SKIP THIS AD ×