Cakap sahaja pasal WOWSHOP, pasti ramai yang sudah tahu kewujudannya. Rangkaian beli-belah dari rumah kegemaran rakyat Malaysia dengan jumlah pelanggan melebihi 2 juta ini kini tampil dengan penampilan baharu!
Sudah disiarkan melebihi 600 episod, penampilan baharu yang lebih segar dan berani ini sudah semestinya akan berjaya memikat hati pelanggan!
Lancar kempen 30 Days of WOW
Penjenamaan semula WOWSHOP yang dahulunya dikenali sebagai CJ WOWSHOP, kini bernaung sepenuhnya di bawah Media Prima Berhad. Selari dengan penjenamaan semulanya, WOWSHOP juga bakal melancarkan kempen ’30 Days of WOW’ yang menyediakan pelbagai promosi kepada setiap pelanggan bermula 1 November hingga 30 November.
Bagi mereka yang menonton siaran WOW ini di TV9 jam 9.30 pagi setiap hari, akan menerima hadiah eksklusif ‘The WOWSHOP Bag’ dengan hanya membuat pembelian ketika siaran langsung. Selain itu, pelanggan juga akan menerima WOW CASHBACK tambahan sebanyak 6% di samping 5% yang sedia ada hanya dengan menonton 8TV jam 11.30 pagi setiap hari dan melakukan pembelian.
Dapat liputan program terkenal
Dengan kempen penjenamaan semula ini juga, WOWSHOP juga mempunyai muzik temanya sendiri yang bertajuk Hidup Mesti Ada WOW bagi versi Melayu dan Tian Tian Jing Chai Tian Tian WOW bagi versi China. Muzik tema ini juga akan dimainkan di setiap stesen radio One FM, Fly FM, Hot FM dan Kool FM.
Selain itu juga, WOWSHOP akan mendapat liputan penuh oleh program-program terkenal rangkaian Media Prima seperti Wanita Hari Ini, Borak Kopitiam, Melodi, Nona, MBuzz, Living Delight dan Majalah 3. Perkara ini dilakukan bagi melebarkan lagi jangkauan WOWSHOP.
Tawar pelbagai barangan
WOWSHOP juga tampil dengan menawarkan lebih 5,000 barangan dari pelbagai kategori di mana 70% barangan yang dijual terdiri daripada jenama tempatan seperti Mugen, Riino, Elba, Habib, Ariani dan SimplySiti. Ia juga memperkenalkan pelbagai kaedah pembayaran mudah seperti e-Wallet dan MAE oleh Maybank2u dan pelbagai kaedah pembayaran lain.
Pelanggan boleh menonton siaran WOWSHOP di pelbagai saluran TV iaitu di TV3, ntv7, TV9, 8TV, MYTV, TONTON dan tidak lupa juga di MyFreeView saluran 104 & 106.
Pelanggan juga boleh membeli produk yang dilihat di TV melalui panggilan telefon ke talian bebas tol 1-800-18-0808 dan di laman web http://?www.wowshop.com.my. Anda juga boleh muat turun aplikasi mobil WOWSHOP daripada Google Play (Android) atau App Store (iOS).