berita

WOWSHOP Tawar RM555,555 Rebat Tunai Sempena Ulang Tahun Ke-5! Pesta Beli Belah Bermula!

March 31st, 2021 | by Najmi Suhaimi
Shout Out!

Sedar tak sedar, dah lima tahun WOWSHOP menjadi tempat tumpuan membeli-belah dari rumah yang boleh diakses di mana-mana sahaja sejak penubuhannya pada tahun 2016. Pembeli dapat menikmati pelbagai faedah menerusi pembelian di platfom WOWSHOP di samping produk-produk berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Susulan menyambut ulang tahun yang kelima, WOWSHOP menawarkan pelanggannya lebih RM555,555 rebat tunai, diskaun sehingga RM85 dan tidak berakhir di situ, lebih 155 barangan terpilih dijual dengan harga serendah RM15. Memang berbaloi!

5 tahun WOWSHOP!

Rangkaian beli belah dari rumah meraikan pelanggannya dalam sambutan ulang tahun kelima dengan pelbagai acara menyeronokkan.

Sepanjang kewujudannya, WOWSHOP telah berjaya membuat jualan lebih daripada RM1 billion dan telah memiliki lebih daripda 2.6 juta pelanggan. Menerusi jumlah tersebut, dapat dilihat pelanggan semakin percaya dan menjadikan WOWSHOP sebagai medium utama mereka dalam membeli barangan yang ditawarkan.

Jelas Ketua Pengarah Eksekutif WOWSHOP, Kim Yang Hyun, memasuki tahun kelima dan seterusnya WOWSHOP akan mula mengadaptasi banyak pembaharuan yang akan memudahkan proses pembelian itu.

Pelbagai inovasi dan penambahbaikan akan dilakukan dalam bahagian kerjasama digital termasuk sistem dan perkhidmatan, menawarkan lebih produk dan kaedah pembayaran seperti pilihan Beli Sekarang Bayar Kemudian yang semakin memudahkan pembelian daripada kami.

Kami sentiasa mengutamakan cara pelanggan membeli-belah dan akan terus berusaha meningkatkan pengalaman beli-belah yang mudah dan lancar untuk mereka. Dengan penambahbaikan yang berterusan dalam setiap bahagian perniagaan, kami sehati bekerja bersama-sama untuk mencapai matlamat utama kami iaitu memastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya.

Pakej WOW yang berterusan

Bersempena dengan tarikh istimewa ini, WOW Hi 5 telah dipilih sebagai tema dan pelbagai pakej WOW yang bakal ditawarkan selama lima hari berturut-turut bermula 31 Mac sehingga 4 April. Sepanjang  tarikh tersebut, banyak hadiah dan diskaun hebat yang ditawarkan kepada pelanggan setia. Pelanggan akan menikmati sebanyak 5% diskaun daripada produk kempen dan 5% rebat tunai melalui pembelian dari pelbagai platfom dalam talian.

Bukan itu sahaja, pelanggan juga layak menikmati RM5 Wow cashback dengan pembelian minima RM60 yang menawarkan produk-produk terbaik. Program tersebut akan bersiaran daripada pukul 8.30 pagi sehingga 7 malam, disiarkan di TV9 dan akan diacarakan oleh pengacara terkenal iaitu Fahrin Ahmad dan Fiza Sabjahan. Tidak berakhir di situ, program tersebut juga akan diserikan dengan penampilan penyanyi lagenda iaitu Dato’ Sheila Majid. Apa yang lebih menarik, pelanggan terpilih turut berpulang untuk menyertai dan memenangi hadiah menerusi segmen Putar dan Roda serta Cabaran Kotak Misteri.

Korang dekat rumah juga boleh sertai cabaran WOW Hi 5 TikTok yang bermula 28 Mac hingga 3 April. Pemenang akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan rebat tunai WOW bernilai RM500. Memang wajib korang join! WOWSHOP boleh ditonton menerusi pelbagai saluran televisyen iaitu TV3, ntv7, TV9, 8TV, MYTV dan Tonton.

Bukan itu sahaja, korang boleh membeli menerusi panggilan telefon ke talian bebas tol 1-800-18-0808. Selain itu, korang juga boleh membuat pembelian menerusi laman web WOWSHOP dan boleh muat turun menerusi Google Play, Apps Store dan Hua Wei App Gallery.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×