Tampil dengan kreativiti solekan dan tarian mengikut rentak lagu, Lathi Challenge yang sedang popular di media sosial hari ini dikatakan haram. Pencetus Ummah Syed Bakri menerusi hujahnya memberitahu perbuatan tersebut menyalahi apa yang dibenarkan syarak.
Da’i Wan Dazrin menerusi Twitter juga memohon agar trend ini dihentikan. Menurutnya, cabaran tersebut bukan sahaja menakutkan malah bahaya dijadikan sebagai hiburan.
Bahaya dijadikan hiburan
Menurutnya lagi, tarian tersebut wujud daripada sesetengah budaya yang syirik dan khurafat seperti memanggil kuntilanak dan roh kuda kepang.
Hiburan melalaikan hukumnya makruh
Apabila ditanya mengenai hukum cabaran tersebut, Da’i Wan memberitahu apa sahaja hiburan yang melalaikan dan boleh mempengaruhi perasaan adalah makruh. Makruh membawa maksud perbuatan tersebut sepatutnya dielakkan.
Ada unsur memuja?
Sumber : Wan Dazrin