berita

‘Ya Allah Jadikan Aku Wanita Yang Kuat, Pemaaf & Mampu Hapuskan Perasaan Dendam’

February 19th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Misya Mazlan

Sejak kisah rumah tangganya yang bergolak menjadi tular, nama Misya Mizlan sering menjadi bualan ramai. Malah, apa sahaja yang dimuat naik di media sosial pasti menjadi sorotan.

Artikel Berkaitan: Misya Mazlan Akhirnya Bersuara, Reda Bermadu Dengan Marissa Dania? – ‘Ajar Hati Bisa Menerima Tanpa Membenci’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aslam & Misya Duduk Makan Semeja, Netizen Sifatkan Elok Sepadan – ‘Kenapa Kena Ada Yang Ketiga?’

Doa wanita jadi kuat

Misya Mazlan

Terbaharu, Misya atau nama lengkapnya Umisya Mazlan, 25, berkongsi sepotong doa yang sebelum ini dimuat naik seorang pengguna media sosial di platform X.

Doa tersebut memohon kekuatan daripada Allah agar seorang wanita mampu menjadi kuat mengharungi ujian hidup serta tiada menyimpan perasaan dendam.

Setiap wanita wajib baca doa ini.

Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita yang tenang dan kuat.

Jadikanlah aku wanita yang pemaaf dan mampu menghapuskan segala rasa dendam, iri dan dengki.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila anak kepada pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan suami Misya iaitu Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Sementara itu, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi OhBulan! mengesahkan berita perkahwinan tersebut.

Abby kemudian memuat naik hantaran di Instagram Story mengatakan dia tidak mengiyakan mahupun menidakkan gosip tersebut.

Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×