berita

‘Ya Allah, Kesiannya..’ – Azad Jasmin Tak Sampai Hati Lihat Remaja Jual Burger Dalam Hujan

June 20th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Di Instagram, pelakon komedi iaitu Azad Jasmin atau dikenali sebagai Pak Azad berkongsi sebuah video memaparkan seorang remaja berniaga burger di tepi jalan dalam keadaan hujan. Situasi tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian Pak Azad untuk membantu remaja berkenaan dengan membeli makanan tersebut.

Artikel berkaitan: 13 Tahun Tinggal Di Rumah Flat, Eira Syazira Terkejut Azad Jasmin Buat Surprise Hadiahkan Rumah Baru

Mereka mencari rezeki dalam hujan

Video pendek yang dikongsikan Pak Azad itu menyaksikan seorang remaja terpaksa menjual burger di lampu isyarat dan dipercayai lokasi tersebut di Shah Alam. Pak Azad bagaimanapun kasihan melihat usaha remaja berkenaan berniaga dalam keadaan hujan dan membawa bersamanya beberapa biji burger yang telah dibungkus.

Menerusi posting tersebut, Pak Azad mengajak pengikutnya membantu dengan membeli makanan dari peniaga-peniaga kecil yang perlu berniaga demi kelangsungan hidup mereka terutamanya dalam situasi negara berdepan dengan pandemik.

Tolonglah, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tolonglah budak ni, dia tak minta duit, dia cuma minta anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah. Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, jagalah insan ini bersama keluarganya. Amin Amin Amin. Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan di luar.

Kesiannya adik ni…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pak Azad™? (@azadsyaziraroses)

Sumber: Pak Azad

SKIP THIS AD ×