berita

‘Ya, Kak Kepom Pregnant’ – Elly Mazlein Syukur Bakal Terima Kehadiran Cahaya Mata

April 6th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, DJ terlihat pernah ‘terbocorkan’ rahsia apabila Elly Mazlein memberitahu berita kehamilan kepadanya. Pengacara dan pelakon itu sebelum ini difahamkan enggan mengulas lanjut mengenai berita kegugurannya. Namun, dia hanya meminta agar peminat mendoakan kesihatan dan supaya mereka segera dikurniakan cahaya mata.

Artikel berkaitan: ‘Semua Orang Nak Tengok Kak Lina Dapat Cahaya Mata’ – Elly Mazlein Keguguran?

Artikel berkaitan: ‘Boleh Reveal Ke Ni?’ – DJ Lin ‘Terbocor’ Rahsia, Elly Mazlein Sah Mengandung?

Terbaru, Elly Mazlein memaklumkan berita gembira mengenai kehamilannya di laman Instagram. Tahniah Kak Lina Pom Pom dan suami!

Syukur Alhamdulillah…

Pengacara itu memaklumkan berita kehamilan menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur kerana bakal terima ‘orang baru’ dalam keluarganya.

Bismillahirrahmannirrahim.. Syukur Alhamdulillah.. InsyaAllah tak lama lagi akan hadir nyawa kecil dalam keluarga kami. Atok akan dapat cucu lagi. Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan Kakak Manja akan dapat adik (tapi kakak Manja minta “Sister” mana-mana pun tak apa, hanya mendoakan baby sihat dan dipermudahkan).

Dan Mama tak sabar nak menjaga sesemua nyawa suri hati ini. Alhamdulillah…

Terima kasih semua

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Sementara itu, peminat dan rakan artis turut mengucapkan tahniah buat Elly Mazlein dan suami untuk berita gembira ini. Dia turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Terima kasih di atas doa, wahai kesayangan semua. Terima kasih sentiasa bersama saya dari saat getir hingga saat pelangi kebahagian datang menerpa. Doa saya, agar Allah permudahkan urusan anda semua.

Dan akhir sekali jawapan bagi semua soalan adalah? Alhamdulillah, Ya Kak Kepom Pregnant..

Sumber: Elly Mazlein

SKIP THIS AD ×